Tuesday, July 30, 2013

SYAITAN DAN POLIGAMI

Orang perempuan kuat beremosi. Di sebalik konotasi negatif terhadap perkataan 'emosi' ataupun 'emosional', sedar tak sedar dengan emosi itulah wanita mampu menggalas tugasnya yang terulung, iaitu sebagai seorang ibu dan isteri. Tanpa emosi, mana mungkin dia mampu bangun berjaga pukul 2,3 pagi hanya semata – mata untuk memberikan ubat PCM kepada anaknya yang demam, demi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Tanpa emosi, mana mungkin dia sanggup terus menyusukan bayi yang masih kecil walaupun sedang perit menanggung luka selepas kelahiran. Tanpa emosi, mana mungkin dia berusaha menyediakan makan pakai suami dan anak – anak walaupun keletihan baru pulang dari kerja dengan keadaan jalan jammed berjam – jam sebelum itu. Itulah kehebatan yang Allah Taala berikan kepada wanita.

Namun begitu, emosi ini umpama pisau yang tajam. Pandai menggunakannya, boleh dibuat memotong bawang atau menyembelih ayam. Silap caranya, boleh melukakan diri sendiri malah juga boleh membunuh nyawa. Maka wanita yang bijak adalah wanita yang tahu mengawal emosinya dan digunakan ke arah kebaikan. Dia menundukkan emosinya agar sentiasa patuh kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan bekalan kehidupan. Wanita yang rasional berpandukan AQ dan Sunnah – tak mudah nak dicari di zaman ini. Sekadar pemerhatian aku, kebanyakan wanita yang berfikiran rasional dan juga educated, biasanya dia hidup dan dibesarkan dalam keadaan sekular atau banyak dipengaruhi oleh pemikiran Barat. Sebaliknya, kebanyakan wanita yang emosional adalah dari golongan yang selain dari yang disebutkan tadi, termasuklah golongan yang dikatakan beragama. Bukanlah semua, tapi banyak juga kes yang macam tu. Tak percaya, tengoklah contoh seorang dua Ustazah yang tak habis – habis memberi tanggapan buruk mengenai poligami. Kalau buka websitenya, segala macam fakta agama yang dikeluarkan demi untuk mempertahankan hujahnya. Nampak macam profesional dan ilmiah, tapi bagi sesetengah orang yang pandai read between the lines, they can easily spot her emosional weakness. Bukan aku nak burukkan sesiapa di bulan puasa ni, cumanya kesan yang dibawa oleh orang – orang sebegini adalah 'damaging' untuk jiwa anak – anak gadis yang menjadikannya sebagai idola. Mencari bahagia yang tidak berpijak di bumi nyata. Itulah bahayanya.

Balik kepada emosi tadi, kita kaum wanita harus belajar untuk mengawal emosi diri. Jangan sesekali terpedaya dengan hasutan syaitan yang mempergunakan emosi sebagai alatnya untuk mengenakan kita. Mungkin ramai yang tak sedar hal ini. Kita patut tahu yang setiap dari kita telah dipasangkan dengan satu syaitan yang bernama Qarin. Tugasnya adalah untuk menghembuskan fikiran – fikiran negatif yang akhirnya merosakkan diri kita sendiri. Knowledge ni bukanlah baru, cuma sering diabaikan sebab tak nampak kesannya di depan mata. Aku bercakap berdasarkan hadith di bawah:

It was narrated that ‘Abd-Allaah ibn Mas’ood said: The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “There is no one among you but a companion from among the jinn has been assigned to him.” They said, “Even you, O Messenger of Allaah?’ He said, “Even me, but Allaah helped me with him and he became Muslim (or: and I am safe from him), so he only enjoins me to do that which is good.” 
According to another report, “… There is assigned to him a companion from among the jinn and a companion from among the angels.” 
Narrated by Muslim, 2814 
LIHAT LINK DI ISLAMQA


Syaitan memang wujud dan bukanlah aku suruh kita takut padanya, afterall diapun hanyalah makhluk Allah jua. Sebaliknya kita mestilah lebih bijak darinya kerana syaitan adalah makhluk yang licik dan pandai menggunakan helah untuk memperdayakan kita.

'Common'la, syaitan tu dah wujud sebelum Nabi Adam lagi. Sedangkan Nabi Adam dan Hawapun boleh terpedaya dengan hasutannya, apalah sangat kita – kita ni yang lemah dan mudah alpa. Si Qarin tu dah tau setiap gerak langkah dan akal fikiran kita, setiap negative point and plus point pada diri kita. Semua dia dah take note. Kita pula macam mana? Apa strategi kita untuk mengelak dari terpedaya dengannya?

Lihat firman Allah yang berikut:

(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah (Qarin) yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. Allah berfirman: “Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang – orang yang bersalah). “KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu”. (Surah Qaaf: 27-29)


First thing first, mesti aware mengenai perkara ini. Kalau tetiba dok tak dok asyik dok fikir benda yang buruk mengenai suami; Apa dia tengah buat tu ha? Tengah beramah mesra dengan PA nya ka? Tengah melayan ofismate yang lagi cun dari aku ke ha? Tengah dok ajar student perempuannya yang gedik dan manja tu ka? Tengah seronok bershopping dengan isteri barunya ka? Maka sedarlah kita, syaitan tengah seronok menunggang kita di waktu itu...

Satu amalan yang sangat diwajibkan oleh Mr. Hubby kepada kami adalah sentiasa mengamalkan Azkar atau Zikir pagi dan petang yang terdapat di dalam risalah kecil bernama Hisnul Muslim. Cubalah google dan lihat terjemahannya. Kebanyakan dari zikir tersebut adalah memohon perlindungan Allah dari digoda oleh syaitan. Sebab tulah namanya Hisnul Muslim = Perisai seorang muslim. Cuba bayangkan, katakan kita ni nak pergi berperang, pastilah kita menyediakan kelengkapan sebaik mungkin. Ada yang bawa kereta kebal. Ada yang pakai baju besi. Kalau yang ada Ironman Suit, maka dipakainya. Ikut kemampuan dan keperluan masing – masing. Yang penting, mesti ada some kind of protection against the enemy. Tak ke bodoh namanya kalau dah tahu nak pergi berperang, pastu jalan melenggang – lenggang tersengih – sengih sekadar bawa diri sendiri? Melainkan dia memang berniat nak jadi 'human shield', memang patutlah pun. Jika itu adalah perisai dari segi fizikal, maka analogi yang sama untuk perisai dari segi rohani. Janganlah perasan yang kita ni kebal sangat dari hasutan syaitan sampai tak pernah terfikirpun nak ada sebarang protection dari makarnya. Bacalah Hisnul Muslim setiap hari pagi dan petang without fail. Bacalah maknanya agar kita faham apa yang kita zikirkan tu. Mintalah sungguh – sungguh pada Allah agar diberi perlindungan.

Itulah di antara tips penting yang perlu diketahui dan diamalkan sebelum memulakan langkah bukan hanya untuk hidup berpoligami, malah untuk setiap aspek dalam kehidupan kita. Kenapa Hisnul Muslim? Hmm kalau dulu2 aku sering baca Al-Mathurat. Pun boleh juga. Cuma setakat yang aku faham, Hisnul Muslim ni memang zikir yang diamalkan oleh Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Semua zikir dan doa yang terdapat di dalamnya adalah bersandarkan kepada hadith yang sahih. Dalam hidup seorang Muslim, setiap ibadah kita perlulah bersandarkan dalil yang sahih. Mana boleh main tangkap muat aje. Biasakan diri kita untuk question balik kalau ada sesiapa yang suruh kita amalkan ayat /zikir itu ini yang belum tentu sanadnya sampai kepada Nabi – inilah di antara fitnah di akhir zaman. Aku pasti ramai di antara kita sudah biasa mengamalkan Azkar pagi petang ini, malah lebih banyak lagi amalan lain yang dilakukan, namun bagi rakan – rakanku yang belum pernah mendengarnya, bolehla mula mengamalkannya. Aku dulupun jahil, belajar agama setakat SPM saja. Tapi Allah permudahkan untukku belajar lebih lanjut mengenai agama kita. Jadi aku ingin berkongsi apa yang telah aku pelajari dan amalkan. Allahua'lam.

No comments: