Saturday, July 27, 2013

AKU DAN POLIGAMI




Assalamualaikum

Entahlah, aku pun tak sangka yang aku boleh 'terjebak' dengan kehidupan sebegini. Yang mana bukanlah aku sengaja suka – suka, dan bukan juga aku yang sibuk mencari – cari. Bagi aku, inilah takdir hidupku, hidup berpoligami dan aku sesungguhnya sangat redha dengan ketentuan Allah terhadap hambaNya ini. Who am I to refuse or to refute?

Cumanya, aku sebenarnya dah naik muak, kalau orang Kedah kata dah 'melugai' dengan kaum wanita yang suka sangat memburukkan poligami ni. Macamlah nak runtuh dunia kalau kena berpoligami. Macamlah hidup dia sorang yang punah ranah dek kerana poligami. Dah dah la tu... Get a grip! Hidup kita bukannya hanya untuk berkahwin, buat anak, kerja, jaga rumah saja. Malah lebih besar dari itu. Kalaulah kita sedar yang hidup kita ini semata – mata untuk beribadah kepadaNya, kalaulah kita sedar yang matlamat hidup kita adalah akhirat, manakala dunia ini hanyalah alat atau wasilah untuk menuju ke akhirat, dan kalaulah kita sedar kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lagi besar sebagai seorang Islam, melebihi hati dan perasaan malah nyawa kita sendiri, maka kita akan dapat melihat kehidupan ini dari perspektif yang berbeza.

Umpama seseorang yang melihat keluasan laut dan kapal – kapal yang berlayar di atasnya, burung – burung yang berterbangan rendah di permukaannya. Sangat banyak bezanya bagi orang itu jika dia melihat laut itu ketika dia berada di persisiran pantai berbanding dengan jika dia berada di atas rumah api. Jika di persisiran pantai, mungkin dia hanya dapat melihat 3 buah kapal dan beberapa ekor burung. Sebaliknya jika dia berubah kedudukan, dan naik ke atas rumah api maka dia dapat melihat 10 buah kapal dan berpuluh – puluh ekor burung. Itulah perumpamaan yang dapat aku fikirkan. Sekarang pada pendapat aku, aku bersyukur kerana dapat berada di atas rumah api. Mungkin rumah api yang aku dapat naiki ni tidaklah setinggi mana namun tentunya ia lebih tinggi dari persisiran pantai. Aku nak mengajak semua untuk sama – sama naik ke atas rumah api ini, supaya sama – sama dapat merubah perspektif yang dipegang selama ini. Siapa yang berminat, marilah join – kebaikannya insyaAllah kepada diri kita sendiri. Sesiapa yang tak berminat atau lebih suka mencela, maka kerugian adalah pada dirinya sendiri juga. Aku tak rugi apa – apa hehe.

Jadi aku berniat nak ceritakan pengalaman setahun jagungku dalam hidup berpoligami. Sebab alhamdulillah, aku dapat banyak kebaikan dari perkahwinan ini dan alhamdulillah aku rasa sangat bersyukur dapat 3 orang madu yang paling best dalam dunia. Depa semua aku anggap macam adik – adik aku sendiri, kalau nakal aku luku ja haha (eh taklah). Sementalah aku ni anak bongsu dan tak pernah merasa ada adik sendiri, tup tup Allah bagi kat aku 3 orang adik, takkan aku tak mahu bersyukur kot?

Ya lah, selama ni aku banyak berdiam, aku kurang berbicara soal poligami dan perubahan yang berlaku dalam hidupku. Sesapa kawan2 lama aku, kalau jumpa aku sekarang pasti terkejut dengan pembawaan aku sekarang. Aku berdiam bukan bermakna aku tengah sengsara, bukan bermakna aku menderita. Cuma tengah seronok menikmati kehidupan baruku. Terasa seperti seorang mualaf yang baru mengenal Islam, begitulah sebenarnya yang aku rasa. Lagipun aku mengambil langkah berhati – hati untuk tak terlalu mengexposekan ceritaku, risau Allah uji aku dengan tulisanku sendiri.

Jadi selepas ni kalau ada kelapangan, aku harap aku sempat nak share my thoughts & my little experience on poligamy. It can be good if you want it to be good. Aku cuma nak shed some positive sides of polygamy. Bukanlah aku nak promote sangat, dan aku tau bukanlah ianya sesuai untuk semua orang, cuma bagi sesiapa yang ditakdirkan berpoligami, aku cuma nak bagitau yang ianya tak seteruk yang disangka, malah kalau kena caranya boleh mendekatkan kita kepada Yang Maha Pencipta!

Sebagaimana firman Allah swt:
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216)

Moga usaha aku ini diterima Allah sebagai amalan yang bermanfaat, ameen.

No comments: