SOALAN 2
Soalan: Siapakah Tuhan kamu?
Jawapan: Tuhan saya ialah Allah, yang telah menjadikan saya dan menciptakan seluruh alam dengan segala nikmatNya. Kepada Dialah saya sembah dan beribadah serta tidak kepada selain-Nya.
Dalilnya ialah firman Allah swt:
Maksudnya: "Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan seluruh alam.: (Al-Fatihah: 2)
Segala apa yang selain Allah adalah merupakan alam dan alam ini adalah milik Allah serta saya juga adalah sebahagian daripada alam ini.
No comments:
Post a Comment