Monday, August 05, 2013

ANAK SUSUKU ANAK SUSUMU JUA


Alhamdulillah, nikmat yang manakah yang hendak aku dustakan? Apa yang Allah berikan padaku adalah perfect. Sebanyak manapun aku mengucapkan perkataan syukur, mana mungkin mampu menyamai dengan segala kurnia yang Allah taala telah berikan kepadaku selama ini. Kali ini, aku ingin menceritakan sikit pengalaman penyusuanku. Pahit manisnya, susah senangnya, hitam putihnya perjalanan penyusuanku.

Kalau ada rakan – rakanku yang mengenaliku sekian lama, mereka biasanya mengaitkan aku dengan tag Pro Susu Ibu. Dapat label macam tu pun jadilah, dah happy dah aku. Aku ni bukanlah sepandai mana dalam bab penyusuan ni, ada jatuh bangunnya. Yang aku tahu, selagi mana aku mampu nak menyusukan anak – anak aku, maka akan aku cuba sebaik mungkin. Sekurang – kurangnya kalau Allah tanya aku kelak di Padang Mahsyar, aku harap aku dapat jawab yang aku dah cuba sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab yang satu ini.

It all started very long time ago, waktu aku kat 3rd year medical school. Prof Lucy Lum yang merupakan Paediatrician dan pensyarah kami pada waktu itu telah memperkenalkan aku dengan konsep Breastfeeding dan Benefits of Breastfeeding. Sejak dari kuliah itu, aku dah jatuh cinta dengan susu ibu. Walaupun aku baru tahun tiga dan tak terfikirpun pasal kahwin lagi, tapi aku dah start berjanji pada diri aku sendiri untuk seboleh-bolehnya menyusukan anak – anak aku sendiri nanti insyaAllah.

Alhamdulillah, Allah makbulkan niatku. Ketika mengandungkan anak pertama, aku mencari ilmu sebanyak – banyaknya mengenai breastfeeding. Hmmm bila mengingatkan kembali pengalaman itu, seringkali membuatkanku tersenyum. Malam – malam tak tidur sebab si kecik suka mengempeng. Siangpun takleh tidur jugak sebab dia sambung mengempeng hehe. Namun aku redahkan aje selagi mana aku mampu. Bila tiba bulan Ramadhan, aku gagahkan juga berpuasa sambil menyusu si sulung yang waktu itu dah berusia 4 bulan. Isk jahil sungguh aku waktu tu. Tak tahupun rukhsah boleh berbuka puasa untuk ibu menyusu. Beriya – iyalah aku berpuasa dan menyusu sampai lembik – lembik bila tiba waktu petang. Energy zero by evening.

Anak kedua pula, kononnya lebih bersedialah aku ni. Awal – awal lagi aku dah buat stok. Satu – satunya perkara yang aku menyesal tak lakukan waktu anak pertama dulu. Dok elok aku stock up punyalah banyak, si kecik itu dengan 'gembira'nya taknak susu perahan aku. Pelbagai cara aku lakukan untuk memujuk si manja, you name it, I've done it tapi satupun tak jalan. Dari situ jugalah pengenalanku dengan seorang nurse yang sangat baik hati di PPUM yang membawa aku ke satu level lain dalam dunia penyusuan (yang bab ni insyaAllah aku cerita kemudian). Akhirnya aku mengalah, aku direct feeding je si kecik tu. Setiap hari without fail aku akan pergi ke rumah pengasuh si kecik untuk menyusu di waktu tengahari. Baby pun macam faham – faham aje, dia akan tidur sedari aku hantarnya di waktu pagi, sampailah ke tengahari bila aku tiba untuk menyusunya. Kemudian dia tidur kembali sampailah ke petang. Balik dari kerja, dia akan kerap menyusu sampailah ke malam, untuk mengganti susuan siangnya tadi. Begitulah rutin ku saban hari sampailah usianya setahun lebih. Kemudian aku dah berhenti menjengahnya di waktu tengahari, tambahan pula diapun dah makan table food macam toddler yang lain. Namun breastfeeding di waktu petang dan malam dan di hari minggu diteruskan macam biasa. Sampailah usianya mencapai lebih kurang 2 tahun. Alhamdulillah...

Yang ketiga agak mencabar, kerana aku bercerai ketika usianya baru 4 bulan. Walaupun trauma perceraian itu tak mampu aku nak gambarkan, namun demi breastfeeding dan si manja, aku teruskan juga menyusu seperti biasa walaupun berat ku menyusut lebih dari 5 kg. Dua tahun itu, aku lakukan segalanya sendirian. Menguruskan hal rumah, hal anak – anak, makan pakai semua orang, bil – bil, kereta, persekolahan, driving to and fro ke rumah pengasuh, sekolah pagi, sekolah petang dan yang sepertinya kita maklum mengenai urusan anak – anak ni lah. Mana tak kurus. But seriously, tak ramai yang tahu aku bercerai waktu tu. Bukannya apa, bagi aku takde keperluan untuk aku ceritakan kepada rakan – rakanku. Maka aku nak minta maaf pada all my old frens kot kot feel offended sebab aku tak maklumkan kat korang. Bukan niat aku begitu...

Dalam pada tu, sempat juga aku ke UK dan Austria untuk urusan PhD. Selama 13 hari di sana, aku tetap terus memerah susu. Hasilnya, aku sempat membawa pulang ke Malaysia susu perahan sebanyak lebih kurang 40 bekas. Waktu tu usia baby dalam lingkungan 9 bulan kalau tak salah. Oh, itu satu cerita lain pula.

Selepas itu, aku berkahwin dengan suamiku sekarang. Pengalaman baru pula yang aku lalui. Suamiku sebagai seorang yang mendalami hal ehwal agama, amat maklum dengan kelebihan breastfeeding dan amat menggalakkan kami semua menyusukan anak – anak. Dan lagi, untuk kepentingan anak – anak, dia juga menggalakkan kami saling menyusukan anak – anak dari ibu yang berbeza. Di sinilah bermulanya pengalaman tandem nursing dan juga menjadi ibu susuan. Aku bertuah kerana sempat menyusukan anak kedua first wife. Waktu tu dia mengandungkan anaknya yang ketiga, jadi susu agak berkurangan. Jadi bila – bila masa saja berkesempatan, aku susukan si kecil itu.

Kemudian, untuk urusan PhD lagi, aku terpaksa ke luar negara selama 3 minggu. Sewaktu tu, anak aku yang keempat baru berusia 6 bulan. Maka madu pertama mengambil alih menyusukan si baby. Waktu tu, diapun dah lahirkan anaknya yang ketiga. Syukur, aku ke UK dengan hati yang tenang kerana merasa bayi selamat di bawah jagaan suami dan madu – maduku.

Bila aku mengandungkan anak yang kelima, kedua – dua maduku turut membantu menyusukan anakku yang keempat kerana ketika waktu mengandung, susuku merosot agak banyak juga. Bila selamat melahirkan anak yang kelima, aku tak lepaskan peluang menyusukan anak ketiga Sis#1 dan anak pertama Sis#3 bila – bila saja ada kesempatan. Pening ke? Ala kesimpulannya, kami semua menjadi ibu susuan untuk anak – anak kami semua.

Subhanallah, sungguh aku amat bersyukur dikurniakan madu - madu yang sporting dan tak berkira dalam bab menyusu. I know its not easy and in fact it is really tough! Sedangkan orang lain nak menyusukan anak sendiripun payah, inikan pula tandem nursing anak madu! MasyaAllah, kalau difikir-fikirkan balik, betapa aku sangat beruntung diberikan pengalaman ini. Thank you so much dear Sisters, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Especially Sis#1, sebab dia yang paling banyak spend time dengan anak - anak kami semua. Walaupun Sis#4 masih belum berkesempatan untuk menyusukan anak - anak kami, but I know she is an amazing woman. Walaupun usia perkahwinannya masih baru dengan suami, tapi awal - awal lagi dia dah mampu nak get along dengan budak - budak ni. InsyaAllah bila tiba masanya, I know in my heart she will do the same or even better. Manalah tau kot - kot nanti sambil menyusu tu didendangkan dengan alunan zikir dan surah hafazan dari suaranya yang merdu tu hehe.



Jadi berbalik kepada kisah anak - anak ni, secara nasabnya, mereka ni semuanya memanglah adik beradik kerana sebapa. Dan di samping itu, mereka juga adik beradik sesusuan. Dengan itu, anak – anak aku dari perkahwinan pertama juga menjadi adik beradik mereka semua melalui hubungan ibu susuan.

Nikmat yang manakah yang hendak aku dustakan???

p/s: Happy World Breastfeeding Week to all :)

2 comments:

funtask_90 said...

subhanAllah, hebat!!!

eintan nurfuzie said...

subhanaALLAH.. baiknya madu2 tu.. baru merasan nikmatnya kehidupan kan?