Monday, July 29, 2013

KENAPA BERPOLIGAMI?




Kenapa berpoligami??

Semua orang ada seratus alasan untuk melakukannya. Dan semua orang ada seribu alasan untuk menolaknya. Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Untuk aku personally, aku tak perlu terangkan kepada sesiapa dan aku tak perlu nak justify kepada sesiapa kerana tiada sebarang kepentingan untuk itu. Kepada mereka yang terlibat, mereka sudah memaklumi keputusan aku. Yang paling penting, aku lakukan ikhlas kerana Allah Taala dan bagi aku itulah yang utama.

Namun satu aspek yang aku perhatikan, kalau suami itu dari awal lagi sudah menjelaskan niatnya kepada isteri, maka urusan poligami itu lebih telus walaupun kebanyakan isteri tidak setuju dengan tindakan suaminya. Kepercayaan – itulah yang diharapkan oleh si isteri. Kalau suami tidak memberitahu kepada isteri lalu meneruskan niatnya berkahwin lain, dengan alasan tidak mahu melukakan hati isterinya, that is exactly what he is doing to the wife – hurting her feeling. Betrayal itu lebih memedihkan dari poligami itu sendiri. Dalam keluarga besar kami, suami aku cukup mementingkan soal kejujuran, baik dari pihak dia mahupun dari pihak kami para isteri. Tak perlu nak berdolak dalih, tak perlu nak cover line. Itu adalah antara kualiti suami yang aku sanjung tinggi – kerana ia memudahkan komunikasi dan merapatkan jurang perbezaan kalaupun ada.

Jadi aku kasihan kalau ada para isteri yang langsung tidak tahu suaminya berpoligami. Hidup dalam bersangka dan tidak wujud kepercayaan kepada suami / isteri sepenuhnya. Aku sendiri tak sanggup hidup sebegitu.

Pada awalnya aku juga seperti kebanyakan wanita di Malaysia, memandang serong terhadap poligami. Terima kasih kepada masyarakat kita, media masa, rancangan televisyen dan novel – novel yang turut memburukkan poligami itu sendiri. Tanpa sedar sejak kecil kita telah didedahkan dengan hanya 'sisi buruk' institusi poligami. Isteri pertama ditinggalkan, digantung tak bertali. Isteri kedua si perampas yang sanggup menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan isteri pertama dan suami. Isteri pertama menyerang isteri kedua di shopping complex. Suami sibuk dengan isteri kedua sehingga mengabaikan isteri pertama dan anak – anak... dan begitulah seterusnya. Banyak sungguh yang buruknya kalau ditakdirkan berpoligami ala cerita Hindustan Malaysia. Punyalah fobia wanita – wanita di Malaysia sehinggakan ibu bapa sanggup menolak perkahwinan poligami anak mereka. Kaum ibu lebih sanggup anak daranya menjadi andartu dari menjadi isteri kedua/ketiga/keempat. Biar berzina takpa asalkan jangan berpoligami. Oh kalau nak cerita nafsu nafsi rakyat Malaysia sampai esok pun tak sudah.

Tak dinafikan, kaum suami memainkan peranan penting untuk memastikan perkahwinan poligaminya adil dan bahagia. Namun perlu diingatkan kaum wanita janganlah pula terlebih sudu dari kuah, mengambil tindakan beremosi yang akhirnya hanya menjerat diri sendiri. Bagi saya poligami ataupun monogami dan begitu juga muamalat, aqidah malah keseluruhan sistem kehidupan kita menjadi buruk hanyalah semata – mata kerana kita semakin jauh dari agama Islam yang syumul. That is the starting point. Orang yang beriman tak akan mempergunakan poligami untuk kepentingan dirinya sendiri kerana dia sentiasa ingat bahawa Allah Yang Maha Melihat akan sentiasa menilai niat dan tindakannya. Orang yang beriman tidak akan mudah goyah dilanda poligami kerana dia tahu jodoh itu adalah takdir yang telah ditetapkan 50 000 tahun sebelum dia diciptakan lagi. Ini berdasarkan hadith berikut:
Sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam : “Allah telah menulis ketentuan semua makhluk lima puluh ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi“. HR. Muslim no : 2653.
Dia tidak akan mudah melatah kerana dia tahu bahawa Allah yang menentukan pejam celik matanya, degupan jantungnya dan juga panjang pendek langkahnya.

Jadi kenapa aku berpoligami? Kerana aku ingin mencari seorang suami yang mampu membimbing aku dan anak – anak ke syurga dan lelaki itu sudah berkahwin. Nak buat macam mana, keredhaan Allah lebih penting dari diri sendiri. Bonus point untukku ialah bila isteri pertama yang approach aku terlebih dahulu. Hmm.. susah nak cari wanita Malaysia yang macam ni. Satu dalam seribu pun belum tentu :)

2 comments:

fidanie said...

Salam Nazatul. Ya mmg benar katamu bahawa org kita byk dimomokkan dgn sisi buruk poligami. Utk yg benar2 memahami mengapa Allah membenarkan poligami ini pasti sedar MANISnya berpoligami walaupon ada yg mengatakan madu2 itu racun bagi mereka.Sy sdg melalui saat manisnya perkahwinan poligami ini. Hidup ini ibarat roda bkn selalu air itu tenang begitu juga dgn keluarga berpoligami. Yg penting kesabaran,tolenrasi dan kesedaran bahawa byk hikmah yg Allah ingin sampaikan dgn takdir berpoligami ini :)

Hafizah is a sensei ! said...

barakallah fiikum .. tulisan yg sgt bermotivasi. bila akhirat itu diutamakan ,, :) semoga Allah memelihara keluarga penulis :)