Thursday, February 11, 2010

SUSU IBU- Siri 1


SUSU IBU

Oleh: Dr. Muhammad Yazid Hj. Jalaludin, Pakar Pediatrik.

Disampaikan oleh penulis di dalam bentuk lisan. Nota: Tulisan berbentuk italik adalah lontaran pemikiran penulis semata – mata. Ini merupakan artikel pertama dari 5 siri artikel mengenai susu ibu.


“Bayangkan telah tersedia satu produk yang dapat memberi makan sebahagian besar penduduk dunia. Dapat melindungi mereka dari penyakit, boleh didapati dimana-mana, tidak perlu penyimpanan atau penghantaran dan dapat melindungi sebahagian manusia dari bencana kanser.”

…”Bayangkan pula manusia tidak mahu menggunakannya…”

Begitulah paparan slaid pertama dari ceramah yang disampaikan oleh Dr. Yazid tempoh hari. Ceramah ini diberikan bersempena dengan Perasmian Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, peringkat PPUM yang telah dilancarkan pada 22 Ogos 2006 yang lepas.

Saya merupakan salah seorang hadirin pada hari itu. Sesungguhnya ilmu yang diperoleh adalah amat bermanfaat dan saya berjanji untuk menghebahkan ilmu yang didapati itu kepada semua ibu yang ada di dunia ini. Oleh itu, mari kita lihat apakah lagi cerita yang disampaikan oleh Dr. Yazid pada hari itu.

“Mamalia di dunia ini” menurut beliau “terdiri dari pelbagai sepsis dan terdapat 4237 jenis mamalia di dunia dan kesemua mamalia ini menyusukan sendiri anak mereka, kecuali sejenis mamalia sahaja… iaitu manusia. Formula ringkas yang tertera di paparan slaid adalah:
4237 – 1 = 4236.

Semua mamalia menyusukan anaknya sendiri. Kecuali manusia yang mempunyai pilihan samada untuk menyusukan sendiri atau memberi susu formula.


Harimau bintang menyusukan anaknya…


Beruang kutub menyusukan anaknya…

Gajahpun menyusukan anaknya… malah dalam posisi berdiri pula..

Hatta antelope juga menyusukan anaknya walaupun sambil berlari…


Bukan sahaja di darat, malah mamalia di laut seperti anjing laut ini turut menyusukan anaknya tanpa sebarang masalah..


Memang sedih bila memikirkan mengapa manusia begitu susah untuk menyusukan anak sendiri. Berikut diberikan statistik terkini mengenai peratusan permulaan penyusuan susu ibu di beberapa negara:

1. Di Nepal, jumlah ibu yang memulakan penyusuan susu ibu telah meningkat dari cuma 5% ke 33%.

2. Di Afrika Selatan, statistik menunjukkan bahawa kini terdapat lebih dari 25% daripada ibu – ibu di sana yang memulakan penyusuan susu ibu secara eksklusif sepanjang tempoh enam bulan pertama. Berita ini telah dihebohkan di Yaounde ketika majlis pelancaran minggu penyusuan susu ibu sedunia di negara itu.

3. Di Malaysia sendiri, tiada statistik kebangsaan mengenai peratusan penyusuan susu ibu. Walaubagaimanapun, kajian kecil di peringkat daerah menunjukkan terdapat 30 – 35 % daripada ibu yang memberikan penyusuan susu ibu.

16 comments:

Kak Teh said...

Selamat berblog, shiha!

ibuVouge said...

salam shiha
big clap to shiha
Ya ALLAH rasa dekat dgn shiha walaupun iv kenal melalui blog saja
IV sokong 100% usaha shiha
my dear friend, angah dan nero pun ibu bf
iv setakat ni baru bertateh..hopefully akan jadi ibu bf seumur hidup

Anonymous said...

Hello dear friend!
Bravo!Bravo! Thanks a lot for this very informative blog!
Keep it up!
Do u mind if i promote your blog at my fp?
Bestnya shiha...teruja bila baca part 'all other animals bf tu'..

~ GAB ~ said...

Bloghop from Kak Teh's. Happy blogging, you sure have many things to tell.

Dr Nazatul Shiha said...

kak teh: Thanks you for being the first one to share this blog! Really appreciate it!

IV: Thank you so much for your support! Moga2 usaha kita ni berterusan forever. Takpe IV, memula bertateh.. lama2 berlari, insyaAllah! Will visit angah & nero's blogs.

ERNA: Welcome! Welcome! Masukla, rumah tak berkunci hehe.. No problem dear, u can promote everywhere that u want. Main thing is for us to spread this info as wide as possible. Thanks dear!

Dr Nazatul Shiha said...

dear gab, thanx for visiting! Yep, there are few more topics in my mind, waiting to be written ;P.. do come again!

The Pisces Man said...

Bapak baby pun nak shushu ibu juga, bole? hehehehehehe.....

Anyway, tq for sharing informative facts and stats on shushu ibu :) Happy blogging!!

Dr Nazatul Shiha said...

abdun.. bleh bleh... tak jadi ibususuan wife u nanti hehe [naughty boy!]

Thanx for ur support!

Anonymous said...

shiha, bagusnya... dah tulis blog utk promote susu ibu. Sampai ke sini drp saifulislam.com...hehehe... Anyway, kebetulan masa 1st time buka blog ni, hubby ada sekali. Termenung kami memikirkan "semua mamalia menyusukan anaknya sendiri kecuali manusia..." How true & how sad... Saya rasa paling penting sekali suami kena sokong, bimbing & galakkan isteri menyusukan anaknya. keep on menulis...

Anonymous said...

ooppss... lupa lak shiha, saya takde blog, so jadi anonymous ler...yg tulis tadi tu... -ummuahmads

Dr Nazatul Shiha said...

dear ummuahmads saya pun setuju sangat peranan suami dlm hal ni. Kita sekarang nih menongkah arus; ie bottlefeeding culture is the norm and breastfeeding culture is something alien thing to do. InsyaAllah usaha & accountability kita pada Allah swt...

NeroEcha said...

Hai Shiha...thanks visit blog saya...awak pun bf jugak ye..bagus le...rasa2 awak lg expert ni..kerja kat PPUM ekk..saya dl deliver kat PPUM gak..actually saya ade blog just for BF tapi tak update2 pun..awak ade online kat YM? boleh kita chat kat situ..my id is nero_md

Dr Nazatul Shiha said...

hi nero yes, dah buat keje bf nih since 2002 (my first son) hehe. Pas tu teruih jatuh cinta gedebuk gedebak.. takleh bangun lagi dah harharhar.. tp takde la expertpon.. biasa aje.. waa.. anak2 PPUM la our kids ye. Both mine were delivered kat UH gaks. Baguihla blog for BF only... keep it up! Tp tu la takde YM.. malas nak set-up kat PC nanti dia slow (PC subsidi cam tu la hehe).. but we can always chat thru this blog, kan?

admin said...

slm kak shiha! mmg best bc topik nih...terdiam sy sejenak memikirkan betapa dlm byk2 mamalia; manusia yg berakal ni lah yg plg dhaif dlm menyusukan anak!
sy skrg tgh cbuk promote susu ibu dikalangan family sbb family sy mmg janggal bab bf nih..so SI la tmpt sy kumpulkan kekuatan tuk perjuangkan bf..thanx kak shiha n SI!

Sharifah Nurul Ain said...

shiha, nak mintak izin copy ur post to my blog..
and please feel free to visit my blog as I am also one of the bf supporter!!!And now I am offering bfeeding ranges...Sebab ramai yg mengadu susah nak dpt products kan..boleh lawat blog saya!!

Unknown said...

assalamualaikum,

Saya nak minta izin copy beberapa artikel berguna ke laman forum yang saya lawati untuk tujuan ilmiah