Sunday, February 14, 2010

SUSU IBU - Siri 5

(samb. 5/5)

PILIH YANG MANA SATU

Kisah tiga ibu

Ini juga merupakan paparan yang menarik untuk ditafsirkan. Terdapat tiga wanita di dalam gambar ini. Wanita yang kiri sekali memberikan anaknya susu formula melalui botol. Wanita tengah adalah seorang ibu yang sedang mengandung. Wanita ketiga pula seorang ibu yang menyusukan bayinya dengan susu ibu.

Jika diperhatikan sehalusnya, dapat kita lihat bahawa tiada ‘eye contact’ atau perhubungan mata antara wanita pertama dengan anaknya yang menyusukan susu formula itu. Ibunya asyik memandang ke arah lensa kamera untuk memastikan wajahnya menarik ketika gambar diambil. Dia langsung tidak memandang wajah anaknya yang sedang menyusu, dan si anak pula sibuk memandang ke arah lain tanpa memperdulikan ibunya.

Ibu ketiga (ibu yang memberikan susu ibu) pula adalah sebaliknya. Beliau langsung tidak menghiraukan lensa kamera kerana lebih asyik memerhatikan bayinya yang enak menyusu. Bayinya juga turut memerhatikan ibunya dengan penuh kasih sayang. Mereka berada di dalam dunia mereka sendiri seperti dua insan yang bercinta. Inilah penangan susu ibu. Hanya mereka yang pernah menyusukan bayi mereka yang sepenuhnya sahaja memahami perasaan ini.

Manakala ibu kedua pula sibuk memikirkan ketika bayi yang bakal dilahirkan kelak, ibu yang mana akan dicontohinya? Ibu pertamakah atau ibu ketiga?


SEKEPING GAMBAR SERIBU EMOSI

Seorang ibu bersama anak kembarnya

Ini gambaran benar. Tiada penipuan grafik, tiada ‘editing’ dibuat pada gambar ini, tiada ‘superimpose’. Ini adalah seorang ibu dari negara dunia ketiga yang telah diberitahu bahawa dia tidak akan mampu menyusukan kedua – dua anak kembarnya. Jadi dia telah memilih untuk menyusukan susu ibu pada seorang bayi, manakala seorang bayi lagi diberi susu formula. Masalahnya, ibu ini datang dari keluarga yang miskin. Dia terpaksa mencairkan adunan susu formula itu untuk mencukupkan jumlah kekerapan penyusuan anaknya. Air yang digunakan untuk membancuh susu formula itu belum tentu bersih atau direbus sebaiknya. Peralatan seperti botol susu, puting susu dan lain – lain belum tentu tahap kebersihannya. Maka inilah hasilnya, bayi yang diberi susu badan membesar dengan baik sekali, manakala bayi yang diberi susu formula mengalami masalah ‘failure to thrive’ atau tumbesaran yang terbantut. Inilah kenyataannya…


SOKONGAN PIHAK KERAJAAN

Banyak negara yang semakin menyokong penyusuan susu ibu. Contohnya:

1) Negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) – sedang giat menjalankan aktiviti untuk menyokong penghasilan draf yang menggalakkan penyusuan susu ibu. Usaha – usaha sedang dijalankan untuk mengisukan resolusi draf kebangsaan yang mematuhi “Kod Etika Pemasaran Susu Tepung” yang mengenakan sekatan terhadap pemasaran susu tepung.

2) California – dalam usaha untuk mempromosikan penyusuan susu ibu; pada bulan Disember 2005 contohnya, Massachussets telah mengharamkan pihak hospital dari memberi beg – beg hadiah yang mengandungi susu formula percuma kepada ibu – ibu baru…


Jururawat terlatih sedang mengajar ibu – ibu bagaimana untuk memegang bayi dengan posisi yang betul ketika menyusukan bayi.


DUNIA RAKAN BAYI

Seterusnya kita berharap agar suatu hari nanti, seluruh dunia akan bersatu hati dan menyokong usaha mempromosi dan melaksanakan polisi penyusuan susu ibu dengan cara:
· Memartabatkan peranan & sumbangan wanita terhadap kesihatan kanak – kanak, masyarakat & dunia
· Meringankan tanggungjawab ‘keibuan’, perkhidmatan ANC, perbidanan dan kelahiran yang mesra ibu
· ‘Empowering women’ – menyatukan aktiviti produktif dan reproduktif


Undang - undang di Louisiana dengan jelas menerangkan, "penyusuan susu ibu tidak menyalahi undang - undang." "Seorang ibu boleh menyusukan bayinya di mana - mana kemudahan awam, resort atau taman."


Bilakah kita dapat berbuat begini?? Anda yang menentukan



SIAPAKAH YANG PALING BERPENGARUH KETIKA IBU DI DALAM PANTANG?

Rata – ratanya bersetuju bahawa neneklah sebenarnya yang paling kuat pengaruhnya kepada ibu yang masih di dalam pantang. Nenek dianggap sebagai pembuat keputusan yang penting terutamanya mengenai cara bagaimana bayi disusukan. Ini kerana mereka dianggap telah terlebih dahulu melalui pengalaman ini dan mempunyai pengetahuan yang lebih berbanding dengan ibu – ibu muda itu.

Maka kini terdapat kumpulan – kumpulan nenek yang turut diajak untuk sama – sama terlibat dengan promosi penyusuan susu ibu secara eksklusif dengan harapan bahawa mereka dapat membuat keputusan yang bijak ketika menentukan samada bayi patut diberi susu ibu atau susu formula.


KUASA TUHAN

Oleh itu, jelas sekali bahawa penyusuan susu ibu merupakan pilihan terbaik untuk pemakanan bayi. Perkara ini telah ditegaskan di dalam Islam sejak kira – kira 1400 tahun yang lalu apabila dua ayat Al-Quran telah diturunkan hanya semata – mata untuk menerangkan panduan mengenai penyusuan susu ibu kepada bayi.


“The mothers shall give suck to their children for 2 whole years, for those who desire to complete the suckling, but the father of the child shall bear the cost of the mother’s food and clothing on a reasonable basis… And if you decide on a wet nurse for your children, there is no sin on you, provided you pay what you agreed on a reasonable basis.” ( Al-Baqarah: 233 )

“…And if they are pregnant, then spend on them till they deliver. Then if they give suck to the children for you, give them their due payment.” (At-Talaq: 6)

Yang pasti, Maha Pencipta amat mengetahui apa yang terbaik untuk umat manusia. Persoalannya cumalah, mahukah manusia itu mengikuti perintah-Nya?

11 comments:

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

breastfeeding di khalayak umum hanya layak di amal oleh org kafir.kita umat Islam ada hukum menutup aurat, cuma maybe boleh di set up satu kemudahan awam spt toilet awam di mana tmpt tersebut boleh ibu-ibu jd kan tmpt penyusuan, n xd lelaki boleh masuk tmpt2

Dr Nazatul Shiha said...

waalaikumussalam muslimz87: Terima kasih banyak2 kerana sudi melawat blog ini. Hmm couldn't agree more with your statement & suggestion, infact, kebanyakan tempat awam di Malaysia terutamanya di shopping complex dah ada kemudahan nursing room ni. Saya akui, bukan gambar dlm artikel ni (Lousiana law) ni yg patut dijadikan contoh bagi ibu-ibu muslim, tetapi semangat utk memberikan susu ibu kepada anak-anak kita, itu yg ingin ditekankan. Thanx anyway & do come again!

Hasrizal Abdul Jamil said...

ASSALAMUALAIKUM

Terima kasih di atas entry yang amat informatif. Sedikit pengalaman yang ingin dikongsi.. semasa isteri saya melahirkan anak pertama kami di Ireland, midwife yang bergilir datang ke rumah setiap hari, sering menggalakkan susu ibu. Malah sudah diberitahu berkali-kali sebelum anak lahir. Tetapi berbeza sedikit dengan anak kedua saya semasa dilahirkan di sebuah hospital swasta bernama Islam di Malaysia. Selepas delivery, seperti biasa ibu diberi masa untuk berehat. Saya pun pergi ke bilik nursery untuk menjenguk baby. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat anak saya sedang disusukan dengan susu formula, sedangkan tiada sebarang konsensus atau keizinan yang diminta terlebih dahulu oleh pihak hospital dari kami. Ada kemungkinan kami akan benarkan memandangkan isteri yang amat keletihan, tetapi tidakkah ia wajar didahului oleh etika meminta izin, kerana ia adalah satu 'step yang besar' iaitu benda pertama yang masuk ke tubuh anak kami...

ehmm said...

asskum,

Seronok baca your blog page nih--hurray bf-activist! :). Anyway, pasal bf in public ni, sebenarnya tak semestinya kat dalam bilik-bilik khas je... kalau nak bf kat khalayak pun buleh gak, bagi wanita Muslim, cuma kenalah pandai-pandai jaga 'modesty' dan aurat. I know, because I have been there, and done that. And I know Shiha pun dah, hehe! Pokok pangkalnya, benda ni tak bulehlah dijadikan alasan untuk tidak menyusu. Suami-suami pun boleh bantu 'cover' isteri yang sibuk menyusukan bayi...

Yang sedikit terkilan tu, dahlah bilik BF ni tak banyak, yang ada tu dipenuhi dengan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan susu formula--tak patut betul! I think they should be more considerate towards BF moms!

My 2-cents' worth, wallahuwaalam!

Dr Nazatul Shiha said...

Waalaikumussalam ustaz rizal,
Sama - sama :). Apa saja ilmu yg ada, ingin dikongsi bersama - sama. Hmm.. pasal cerita ustaz tu, Welcome to Malaysia!.. jgn kecik hati ye ustaz.. itu realiti di kebanyakan hospital di Malaysia. Sekarang kita tengah promote Baby Friendly Hospital Initiative (BFHI). Jadi secara teorinya, mana-mana hosp yg dpt title BFHI ni sepatutnya dah laksanakan mcm hospital kat Ireland tu. Dan saya tau, dekat PUSRAWI, diorang tak dapat title tu lagi. Having said that, tak semestinya hospital yg BFHI ni pun betul-betul laksanakan 10 Steps Breastfeeding (WHO) tu... hmm.. Tapi ustaz, saya dengar banyak testimoni from mothers; diorang ckp Pusat Bersalin Az-Zahrah & An-Nur dekat Bandar Baru Bangi adlh lebih Islamic pengendaliannya & Breastfeeding/Baby friendly (w'pun tanpa title BFHI tu..)wallahauaklam.. how's your third baby? Mungkin boleh check kat tempat yg saya sebutkan tu kalau ustaz berminat ..

Dr Nazatul Shiha said...

Yay Elsa (ehmm! Hurray for you too! Mmg agree sesangat pasal penyalahgunaan nursing room nih! What ever it is, masing - masing kena la considerate towards each other. Baru la Malaysia boleh! hehe

Anonymous said...

kak shiha, assalamualaikum...saya tertarik dengan blog akak ni..haritu sebenarnya masa saya delivered my baby di pusrawi, baby saya pun diberi susu formula tanpa diberitahu kepada saya.

Dr Nazatul Shiha said...

dear anon.. waalaikumussalam :) mmg byk berlaku perkara sebegitu.. the only way nak stopkan diorang, kita sbg ibu kena inform pihak hospital - bagitau diorang kata kita ni nak fully breastfeeding. Dan jangan bagi baby susu formula without our permission. Inform benda nih waktu sebelum deliver, that is waktu buat antenatal check-up. Kalau perlu buat kenyataan bertulis, buatlah. Suruh diorang rekodkan kat dlm medical record kita. Kalau diorang langgar, kita ambil tindakan. Dont be afraid to do that, because that is our right.

azat said...

Assalamualaikum shiha,
Saya baru pertama kali visit blog ni. Insya Allah saya minta izin nak buat reference blog ni nak kempen susu ibu kat family and friends. Alhamdulillah setakat ini saya masih menyusu baby saya hampir 4 bulan. Cuma saya terkilan..masa dlm pantang mak dan mak mertua dtg (saya sekarand di Belanda). Mereka ada bg anak saya minu Gripe Water. Konon nak hilangkan kembung baby. Saya terkilan sgt2 sebab saya mmg tak mau ada benda lain yg masuk mulut anak saya kecuali susu ibu. Sampai sekarang saya rasa bersalah sebab tak dapat protect my baby that time. Kalau lah saya lebih tegas masa tu. Saya nak minta pandangan shiha as a doctor, gripe water tu akan beri kesan tak pada anak saya?
Insya Allah..saya dah bertekad nak menyusu anak saya sehingga umurnya 2 tahun dan nak kempen pada saudara mara dan rakan2 tentang susu ibu. Rasa kasihan pada baby yg tak dapat susu ibu..

shima said...

assalamualaikum, saya bersyukur terjumpa blog mengenai breasfeeding yang ditulis oleh seorang doktor sendiri. Saya benar-benar bersetuju, nenek-nenek juga perlu diberi pengetahuan tentang penyusuan ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga bayi berumur 6 bulan. ini kerana, nenek-nenek(& datuk juga) ini kebanyakkannya adalah orang yang paling berpengaruh kuat menggagalkan misi ibu menyusu bayi secara ekslusif.
saya cadangkan proses promosi ini boleh dilakukan oleh nurse-nurse yang datang membuat lawatan ke rumah semasa ibu lepas bersalin.

lynn said...

Assalamualaikum.. saya pun bersalin kat PUSRAWI dec 2009... bersalin guna vacum, lepas bersalin mmg dah xde tenaga... so, baby pun mmg nurse yg jaga but diorang ada sebut maklumkan kalau nak menyusukan, diorang akan bawa baby... tp malangnya 1st day xde susu lagi... diorang bagi susu formula.. takpelah untuk 1 hari je...lepas tu saya beri dia fully BF sampai kehari ini... alhamdulillah hampir setahun...tentang hospital az zahrah tu saya mmg selalu sgt pergi situ.. saya pun dgr situ bagus... maybe boleh cuba utk next baby kalau ade rezeki... hehe