Saturday, February 13, 2010

SUSU IBU - Siri 3

(samb. 3/5)

LAGI KEBAIKAN SUSU IBU

Berdasarkan kajian, didapati bahawa 1.5 juta kematian kanak-kanak setiap tahun BOLEH DIELAKKAN dgn penyusuan susu ibu. Didapati juga bayi yang diberi susu badan secara eksklusif adalah:
- 2.5 kali lebih rendah risiko mendapat penyakit
- 50% kurang mendapat jangkitan telinga ‘otitis media’

Susu ibu juga dapat mencegah cirit-birit. Kebarangkalian untuk mendapat cirit-birit bagi kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 bulan adalah 2 kali ganda lebih bagi bayi yang diberi susu formula berbanding dengan bayi yang diberi susu ibu.
Susu ibu juga dapat mencegah penyakit saluran pernafasan (bronkitis dll) bagi bayi yang berumur kurang dari 1 tahun. Didapati bahawa terdapat 3 kali ganda risiko kematian jika bayi yang mendapat penyakit ini tidak diberi susu ibu.

Graf menunjukkan kadar kematian kanak – kanak mengikut kedudukan geografi.

Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan bahawa penyumbang terbesar kepada sebab kematian bagi bayi berumur kurang dari 1 tahun di seluruh dunia adalah disebabkan oleh jangkitan saluran pernafasan dan cirit – birit (dalam lingkungan 10 – 65%). Ini terutamanya bagi negara – negara dunia ketiga seperti Afrika dan kebanyakan negara di Asia. Betapa dengan hanya memberikan susu ibu secara eksklusif, peratusan pada graf ini dapat diturunkan dengan mendadak sekali!


Graf menunjukkan kebarangkalian untuk mendapat cirit – birit berdasarkan cara pemberian makanan kepada bayi.


Sekali lagi, kajian telah menunjukkan betapa pemberian susu ibu mampu mencegah penyakit dan kematian di kalangan bayi. Jelas dari graf ini menunjukkan bahawa dengan hanya pemberian susu ibu secara eksklusif, cuma 1.1% bayi yang mendapat cirit-birit, berbanding dengan hampir 20 kali ganda (18.5%) kebarangkalian untuk mendapat cirit – birit jika bayi langsung tidak diberi susu badan.

Dari segi ekonomi pula, penggunaan susu gantian dengan botol, puting, bahan bakar memerlukan 25-50% pendapatan keluarga.


Peluang menjadi seorang penyelidik
Saya sepatutnya berkhidmat di bidang kesihatan, sebagai seorang pegawai perubatan samada di hospital ataupun di klinik – klinik kerajaan. Tetapi pelbagai faktor dan peristiwa yang berlaku yang menyebabkan saya akhirnya ‘mendarat’ di sini, sebagai seorang penyelidik. Bagi saya, terdapat hikmah yang tersendiri mengapa saya di sini. Setelah tamat program Ijazah Sarjana pada bulan Ogos yang lepas, saya lebih menghalusi ketika menganalisis jurnal – jurnal perubatan. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang tak seberapa di bidang perubatan, ditambah pula dengan ilmu baru dalam bidang Masters in Medical Science, saya cuba untuk meluahkan segala ilmu yang saya peroleh kepada tatapan umum. Oleh itu, mari kita lihat satu – persatu beberapa kajian yang diutarakan oleh penyelidik di seluruh dunia mengenai kebaikan susu ibu. Artikel – artikel ini telah dipilih dengan teliti oleh Dr. Yazid dan beliau telah membuat rumusan penting berdasarkan kajian tersebut. Tugas saya mudah di sini, hanya mengalihbahasa dan menukarkan ke format yang lebih santai.

[Artikel 1]


Di dalam artikel yang disiarkan di dalam jurnal Pediatrics (Full Breastfeeding Duration and Associated Decrease In Respiratory Tract Illness in US Children; PEDIATRICS Vol. 117 No. 2 February 2006, pp. 425-432) ini, penyelidik CJ Chantry et al telah menunjukkan bahawa bagi penyakit Recurrent Otitis Media atau Jangkitan Telinga Tengah yang Berulang, 50% daripada risiko untuk mendapat 3 atau lebih episod jangkitan dapat dikurangkan jika penyusuan susu ibu diteruskan untuk selama atau lebih dari 6 bulan. Didapati juga perlindungan dari pneumonia (radang paru – paru) dapat diberikan kepada bayi yang menyusu susu ibu. Didapati bahawa peluang untuk mengalami pneumonia adalah 4 kali ganda lebih rendah jika bayi itu meneruskan penyusuan susu ibu selama 6 bulan.

[Artikel 2]


Di dalam artikel ini (Early Catch-up Growth - Balancing The Interest of The Child; Lawrence Weaver, Glasgow, Scotland), di samping kekayaan nutrisi yang terdapat pada susu ibu yang juga sangat kompleks, susu ibu turut mempunyai faktor – faktor yang bukan bersifat nutrisi yang dapat meningkat keupayaan bayi untuk mengadaptasi kepada kehidupan barunya. Faktor – faktor ini juga penting untuk memberi perlindungan dan keselamatan imuniti kepada bayi. Dengan ini, ia menunjukkan bahawa tempoh penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah direka dengan sebaik – baiknya untuk mengatur pertumbuhan bayi.


[Artikel 3]


Di dalam artikel ini , ia menerangkan bahawa penyusuan susu ibu boleh mengurangkan prevalens kegemukan atau obesiti pada kanak – kanak. Beberapa mekanisme penyusuan susu ibu yang berpotensi untuk memberi kesan perlindungan kepada bayi daripada obesiti adalah:
1. tahap hormon leptin yang rendah di dalam susu ibu
2. paras hormon IGF-1 yang juga lebih rendah di dalam susu ibu
3. jumlah sejenis protein yang dipanggil ghrelin (protein yang merangsang selera makan) juga adalah lebih rendah di dalam susu ibu
4. kandungan protein yang lebih rendah di dalam susu ibu

[Artikel 4]


Satu lagi metaanalisis terkini oleh penyelidik bernama Rudiger von Kries dari German mendapati bahawa terdapat kesan yang kecil tapi signifikan terhadap tekanan darah yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu, yang mana ia adalah amat berkaitan dengan LCPUFA.

[Artikel 5] Baru – baru ini, sebuah ulasan yang berbentuk multidisiplin yang melibatkan 4323 artikel telah merumuskan bahawa penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi dari menghidapi penyakit – penyakit atopi, terutamanya bagi kanak – kanak yang mempunyai sejarah keluarga sedemikian.

Didapati bahawa, penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk tempoh yang melebihi 4 bulan dapat mengurangkan insidens asma dan atopi pada kanak – kanak.
Ahmad & Husna
Anak - anak saya sendiri amat tinggi risikonya untuk mendapat asma atau lelah ini. Suami saya menghidap allergic rhinitis yang agak teruk. Manakala saya juga menghidapi childhood asthma. Empat dari 8 cucu ibu bapa saya (sepupu - sepupu anak - anak kami) turut menghidap asma. Namun alhamdulillah anak saya yang sulung hanya mendapat 'very mild asthma' di mana dia telah menghidapinya untuk beberapa bulan dan kemudian penyakit itu hilang dengan sendirinya. Itupun tidaklah teruk sangat, cuma wheezing dan kadang kala batuk di waktu malam. Dia tidak pernah ditahan di wad atau memerlukan bantuan nebulizer. Anak saya yang kedua pula alhamdulillah setakat ini tidak pernah mengalami asma. Saya percaya, pemberian susu ibu banyak membantu dalam hal ini.

7 comments:

Anonymous said...

Dear Shiha,

I came across your blog from susuibu.com. You are so passionate about this topic, and I'm glad dapat reference on this important thing from you.

I am breastfeeding myself. My son is 4 months plus. At work, I pump. Some days, rasa macam malas je, tapi dengak sokongan my hubby and remembering the look of my son when I breastfeed him, I carry on.

I do have a question that has been on my mind for some time about expressed breast milk and hope that you can help answer.

I was told that our breast milk changes according to the baby's age and needs. If this is true, then what happens when I feed my baby milk that i expressed and stored from last month or so?

hope you can help me. thank you very much...

ena (enaramli@gmail.com)

shiha said...

Salam..

Ena dearie,

My utmost congratulations on your effort to breastfeed your precious one! I do understand the trials and tribulations of a working and breastfeeding mother. It is not a simple task.

About your question, to tell you the truth, I had the same dilemma when I first breastfed & pumped for my first child. There are two major issues that I'd like to share with you:

1. Indeed the breastmilk changes according to the baby's age and need. However, these changes are more prominent during the first few weeks of your baby's life. 3 important phases of breastmilk:
a) Colostrum - the sticky, yellowish coloured substance. Appears from day 1 till about day 3-4 of birth. The composition (fat, protein, sugar, antibody etc) differs greatly when compared to matured milk.
b) Transitional milk - more whitish in colour. It is the intermediate milk between colostrum and matured milk. Appears right after colostrum (starting day 3-4) and continues for about a week.
c) Matured milk - the milk that we expressed daily. It contains more fat and sugar; and less protein than colostrum.
Once the matured milk is produced, the breast milk does not change as much. Meaning that, from the age of 1 month onwards, the composition of the breast milk is roughly about the same till the baby weans off.

2. Secondly, the fat content does change from the beginning of one feeding till towards the end of the same feeding. This is what we call as foremilk and hindmilk. The foremilk (susu awal ibu) contains less fat (looks watery macam air beras). The hindmilk (susu akhir ibu) contains more fat (looks thicker than foremilk).

So, looking at the first issue, there should not be any problem even though you give the baby EBM expressed a month earlier. Because we start keeping the stock when the baby is about 1 month old onwards (matured milk). Generally the composition is the same.

It is also important that we express till the last drop of milk, so that it will contain both fore and hindmilk (second issue).

So what u r doing now is correct and keep on breastfeeding and pumping! I hope that this will answer your question. Feel free to ask more if you need to.

Wasalam.

ena said...

Salam, Shiha,

First, thank you so much for your encouragement for me to continue breastfeeding. I am nervous everyday about this because I hope that I can continue doing it until many more months to come.

Second, thank you for your answer which has cleared up my dilemma...however, I could never visually tell the difference between my foremilk and hindmilk.

Anyway, now I have another question and I hope you won't mind answering:

When it comes to breastfeeding, I know that you have to alternate breasts. But different moms do it differently -- some moms will nurse the baby on one breast only for each feeding, i.e. morning feeding on left breast, next feeding on right breast, and so on.

Then there are moms who within the same feeding will alternate breasts every few minutes.

Which is the right way to do it?

Thank you in advance for sharing your comments and knowledge...perhaps you should do an entry on these topics? :-)

Salam,

ena

shiha said...

Dear Ena,

Am so sorry for this late reply. I was quite busy for the past few days.
Rule of thumb in the art of breastfeeding and pumping: try to stay away as far as possible from being anxious/nervous. This is the number one killer of a good milk supply. Stress is another major hurdle in building a good milk supply. If we can manage these anxiousness/nervousness/stress, then insyaAllah it will be much easier on us. However, it is easier said than done, indeed. Tapi cubalah.

Don't worry about not being able to differentiate between the two. The only concern is that, sometimes when we do not express on one side long enough, then the milk looks watery (only foremilk). This might cause the mother thinks that her milk is of low quality (which is not true at all).

There are in fact, so many ways to do it. However, the second option [Then there are moms who within the same feeding will alternate breasts every few minutes.] is a no - no. If we do that, we afraid that the baby might not get the hindmilk, which is very important for his growth.

What ever ways that you want to use, just make sure that for each feeding session, your baby gets the hindmilk. Good luck!

ena said...

Dear Shiha

Thank you so much for the information and the insights you gave me on this matter. You have cleared up a lot of things that were playing in my mind. It's good to have someone like you spreading your knowledge around through this blog. I can continue feeding with confidence!

And to you, enjoy your breastfeeding adventures, too.

Take care!

Ena

Anonymous said...

Salam,

Shiha, saya suka dgn skop yang awak tgh ketengahkan dan saya ingin berkongsi maklumat mengenai kebaikan PSI ini. Saya tengah menjalankan kajian mengenai Kebaikan PSI secara eksklusif. Dan saya amat berharap agar awak dapat memberi sedikit informasi atau mana2 laman web (jurnal-jurnal berkaitan)yg boleh mengukuhkan lg kajian saya ini.

Salam.

Salmiah Othman said...

salam..banyak info penyusuan dalam blog nie..mohon share boleh? tq :)