Sunday, July 10, 2011

Kenapa menyusahkan diri?



Mak hairan kenapa aku sanggup menyusahkan diri sebegini. Kenapa aku sanggup mengorbankan hati dan perasaan. Kenapa aku sanggup meninggalkan orang – orang yang tersayang. Kenapa?

“Kenapa kau buat begini, Ana? Kau tak kesian ke kat Mak, kat budak – budak tu? Kenapa kau sanggup tinggalkan kehidupan kau yang selesa dan mencari jalan yang susah? Kenapa kau sanggup pilih derita dari kesenangan?”

“Mak...” aku mula berbicara. “Mak ingat waktu Ana sekolah menengah dulu?” Mak mengangguk. “Mak tahukan keputusan peperiksaan Ana yang paling cemerlang antara semua adik – beradik? Mak ingatkan? Setiap tahun Ana mendapat keputusan yang baik. Alhamdulillah. Keputusan SRP baik, keputusan SPM juga baik. Adakah Ana dapat keputusan yang baik itu dengan hanya goyang kaki? Bukankah Ana sanggup bersusah – payah bersengkang mata di waktu malam untuk ulangkaji pelajaran? Ana lupakan TV, Ana lupakan tidur hanya untuk study bersungguh – sungguh. Dan adakah Mak melarang Ana buat begitu, atau hairan kenapa Ana buat begitu pada waktu itu?Kerana Mak tahu dan Mak mahu Ana berjaya di dalam peperiksaan. Bukankah begitu?”

Mak hanya diam mendengar...

“Begitu jugalah sekarang Mak.. Malah lebih penting lagi sekarang. Sekarang ni bukan lagi ujian peperiksaan. Tapi sebaliknya ujian kehidupan. Kenapa pula Ana tak sanggup bersusah – payah melupakan kesenangan dan so-called kebahagiaan demi meraih sesuatu yang lebih indah dan lebih kekal kelak? Bukankah itu pelaburan yang terbaik yang boleh kita lakukan? Kalau dulu Ana sanggup bersengkang mata untuk study, maka kenapa sekarang Ana tak sanggup pula bersusah – payah untuk mendapatkan syurga? Mana mungkin kita hanya mahu berangan – angan untuk ke syurga tapi tidak mampu menempuh susah – payah untuk ke sana? Kalaulah untuk mendapat keredhaan Allah, Ana perlu berkorban segalanya, maka itulah yang akan Ana lakukan Mak. Malah bukan Ana seorang, kalau boleh Ana mahu semua orang masuk ke syurga. Nak masuk syurga tak mungkin dengan bersenang – lenang. Tak mungkin dengan duduk goyang kaki. Tak mungkin tanpa perlu mengorbankan hati, perasaan dan nafsu, malah harta dan nyawa!”

Mak diam membisu... mungkin sukar baginya untuk menghadam kata – kataku. Kata – kata yang ikhlas dari lubuk hatiku. Aku tak mengharapkan pengiktirafan dunia, aku tak mahukan keredhaan manusia. Yang aku cari hanyalah pengiktirafan dan keredhaan Allah semata – mata. Bantulah aku, Mak. Marilah kita sama – sama menuju ke syurga!

Thursday, February 24, 2011

BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI!



BUKU BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI
Hasil karya: Ustaz Emran Ahmad

SAAT tangan dijabat, harapan suci terlukis di jiwa. Hati melakar impian indah hidup bahagia bersama ke akhir hayat. Saat doa diaminkan, kalbu terasa sayu. Tekad dipahat... syurga ini akan dipertahankan walau apa pun jua dugaan mendatang. Namun...

“Aku ceraikan kau dengan talak....” Jelas terngiang ucap lafaz itu.
Pedih! “Ya... kami berpisah akhirnya...” Sayu, hiba dan kesal berbaur satu.

Sekelip mata, dunia bertukar gelap. Ada yang tersungkur, terjatuh atau terduduk. Lidah menjadi kelu secara tiba-tiba. Sesungguhnya, perceraian adalah satu hakikat yang amat menyedihkan dan terlalu getir untuk diterima.

Tapi... benarkah begitu keadaannya? Pernahkah terfikir yang perceraian itu sebenarnya merupakan satu peluang keemasan buat mereka untuk memperbaiki jati diri agar menjadi lebih baik pada masa hadapan? Pernahkah terlintas di minda bahawa perceraian itu sebenarnya membawa hikmah yang mereka gagal untuk memahaminya?

BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI amat sesuai sebagai santapan jiwa buat mereka yang bercelaru akibat kecundang... sama ada diceraikan atau menceraikan. Ingatlah... perceraian itu bukanlah penamat segala kebahagiaan dan perampas kegembiraan yang selama ini pernah dikecapi bersama. Yakinlah... ALLAH itu Maha Mengetahui setiap perjalanan langkah hidup hamba-NYA. Pasti ada kesenangan menanti di setiap dugaan yang melanda.

ISI KANDUNGAN MENARIK
• Cari Ketenangan Diri
• Hidup Ini Penuh Ujian
• Perceraian Dalam Islam
• Mengapa Bercerai Muda?
• Anakku Disihir Orang!
• Anak dan Isteri Sebagai Amanah
• MasalahTidak Akan Pernah Hilang
• Hadapi Perceraian Dengan Hikmah
• Kita Bukan Phoenix yang Bangkit Dari Api!
• Perkahwinan Bukan Jaminan Kelangsungan Cinta

Harga cuma RM18.00. DAPATKAN SEGERA!!

Untuk dapatkan buku atau mengedar buku tersebut anda boleh menghubungi Eksekutif pengedaran KARYA BESTARI: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: Liza (03-55118820) E-mel untuk jadi pengedar buku: promogrupbuku@karangkraf.com. Editorial: Wan (019-2557380)

http://karyabestari.blogspot.com/2011/02/bangkitlah-selepas-bercerai-siap-sedia.html