Abu Huraira reported Allah's Messenger as saying: "Woman is like a rib. When you attempt to straighten it, you would break it. And if you leave her alone you would benefit by her, and crookedness will remain in her." (Muslim : 3466)
Wednesday, August 14, 2013
UJIAN ADALAH PELUANG UNTUK KE SYURGA
Majoriti kita membenci kesusahan. Tak sanggup bangun pagi – pagi untuk mentelaah kerana ia menyusahkan. Kalau tak dapat keputusan yang baik tak mengapa kerana itu takdir! Tak akan sekali - kali disalahkan dirinya yang sebenarnya malas belajar. Tidak mahu berkahwin selagi bakal suami tidak mampu menjanjikan sekurang – kurangnya sebuah kereta Volvo dan rumah teres lot tepi atau lagi baik kalau dapat Semi-D tak pun banglo terus. Kalau tak kahwin juga sebab tak jumpa suami yang begitu, maka itulah takdir! Tak rela berpoligami kerana nanti susah melayan hati yang lara dan pilu, rasa cemburu yang meluap dan tambah lagi penat nak uruskan anak – anak dan rumah seorang diri. Lebih baik aku bercerai dari hidup susah begitu! Kita memang anti-kesusahan.
Tapi adakah kita lupa bahawa jalan menuju ke syurga tidaklah mudah? Adakah kita fikir bahawa batu yang ditanggung di dada oleh Bilal bin Rabah itu ringan saja? Adakah kita fikir haba yang melingkungi Asiah si isteri Firaun sewaktu dia diseksa di tengah panas itu sejuk rasanya? Adakah kita ingat Maryam ibu kepada Nabi Isa a.s itu tidak menanggung derita emosi kerana membawa pulang seorang anak tidak berbapa, sedangkan dialah wanita suci yang tidak pernah disentuh lelaki? Adakah kita berpijak di alam realiti bila mengimpikan suasana bahagia mengikut definisi kita di dunia ini lantas selepas itu dan dengan semudah itu Allah akan memberikan syurga kepada kita tanpa kita langsung perlu bersusah payah menggapainya?? Adakah, dan logikkah? Kalau menurutkan sifir penderitaan yang ditanggung oleh umat – umat yang terdahulu untuk masuk ke syurga, agaknya apakah kebarangkalian untuk kita meraih syurga yang sama dengan cara kehidupan senang – lenang kita sekarang? Fikirlah betul – betul dan carilah rasionalnya kalau ada.
Allah sentiasa menguji kita dengan pelbagai cara. Dan Allah juga sudah menerangkan kepada kita dengan jelas, cara – cara untuk ke syurga. Ada satu hadith yang popular mengenai 7 golongan yang dinaungi oleh Allah di hari akhirat. Golongan yang keempat adalah:
(4) two men who love one another for the sake of Allaah and meet and part on that basis; (Agreed upon, narrated by al-Bukhaari, no. 620; Muslim, no. 1712; and others).
Bagaimana kita boleh mengaplikasikan hadith ini dalam kehidupan kita? Untuk aku personally dan bagi kalian yang 'diuji' dengan kehidupan berpoligami, inilah peluang yang ampuh yang mana kalau kita bijak bertindak maka mungkin inilah caranya untuk kita ke syurga. Siapakah dua manusia yang saling berkasih sayang hanya kerana Allah itu? Dalam konteks ini, aku mengharapkan aku saling mengasihi madu – madu aku kerana Allah. Kerana kami ditakdirkan bersama yang mana sebelum ini tidak pernah terlintaspun di fikiran bahawa kami akan bersama. Bayangkan, seorang wanita lain yang biasanya akan dianggap 'seteru' kerana 'merampas' suamiku, yang 'selayaknya' dibenci dan dicemburui, yang seringkali mengambil kesempatan di atas kebaikanku dan suamiku, yang hanya mahu mengawal suamiku untuk dirinya seorang sahaja, bayangkan, dan wanita yang sama juga aku tukarkan 180 darjah menjadi sahabat setiaku, yang sentiasa menemaniku dan membantuku terutamanya dalam hal suami dan anak – anak, yang sanggup berkongsi susah senang dalam kehidupan berumahtangga, yang sentiasa berkongsi rahsia dan cerita denganku. Yang saling mengasihi tanpa sebab lain hanya kerana Allah Taala. Yang mana kasih ini berdasarkan agama dan tidak akan terputus disebabkan hal dunia hinggalah akhir nyawa memisahkan kami.
MasyaAllah, mampukah aku menggapai cinta setinggi itu terhadap maduku? Maka aku mencabar diriku sendiri untuk melakukannya, hanya kerana Allah. Semoga ianya menjadi wasilah untuk kami menuju ke syurga.
“love one another” means, they shared a kind of love whereby each loved the other in a genuine sense, not just to show off.
“and [they] meet and part on that basis” means, this is an ongoing love based on religion, which they do not cut off for any worldly reason, whether they meet in reality or not, until death comes between them.
LINK ISLAM QA
Begitulah, inilah strategiku untuk melangkah ke syurga dan semestinya ada pelbagai cara lain untuk sampai ke sana. Namun spesifik untuk kalian yang menjalani kehidupan berpoligami, fikir – fikirkanlah kata – kataku di atas... Manakala kalian yang lain, apa pula strategi anda untuk ke syurga?
p/s: Topik 7 golongan yang dinaungi Allah ini telah disyarahkan dan diajar oleh suamiku kepada kami bertiga. Dia yang memberi idea strategi ini kepada kami sedikit waktu dahulu.
P/ps: Majoriti kita membenci kesusahan = majoriti kita membenci syurga?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
MasyaAllah. Thank you very much for the enlightment...yes, no fast track to Jannah.
Post a Comment