Ada orang tanya saya,"Ustaz,buah hati saya kini sudah menjadi milik orang lain lalu apakah nasihat yang sesuai untuk merawat kekecewaan hati ini ? Jawapan saya ialah Redha dan syukurlah kepada Allah kerana boleh jadi kita tidak layak untuk memilikinya atau pun mungkin kita telah ditakdirkan untuk mendapat orang yang lebih baik darinya. Bersangka baiklah dengan tuhan kerana itulah sumber harapan !!
Respons 1: terima kasih ust..hati sy terubat mmbce statement d ats..T_T
Jawapan: Sama-samalah kita ubat mengubati, nasihat menasihati...janganlah sampai tumbang disebabkan oleh cinta kerana mati kita hanya sekali, jadikanlah ia di jalan Allah !
Soalan 2: Tp bagaimana dengan seseorang yg masih mengharap wanita tu jodoh dia,???dia seolah2 menidakkan ketentuan Ilahi,.pada pandangan dia tiada wanita lain yg mampu ganti tempat wanita pertama yg dia kenali,.??
Jawapan: langit tak nampak cerah kalau kita berada dalam rumah....kena keluar berhijrah, merantau dan berjalan mencari rezeki Allah barulah akan terasa luasnya dunia dan sempitnya akal kita....Prof. Hamka menasihati anak muda yang putus cinta untuk keluar musafir mencari hikmah dan melihat dunia dari aspek yang lebih besar...kata Hamka akan kau ketemu seribu kali yang lebih baik, lebih menarik dari gadismu itu...
Soalan 3: tapi ust,sy lebih suka doa:semoga allah berikan yang lebih sesuai darinya (bukan lebih baik darinya),sbb tak berani klaim diri ....diri lebih baik atau dia lebih baik...ayat yg paling memotivasi: "Bersangka baiklah dengan tuhan kerana itulah sumber harapan",jzk atas kata2 tu.
Jawapan: minta yang lebih baik ini ialah doa yang diajarkan oleh nabi SAW, lihat dalam hadis Umm Salamah, Ya Allah berikanlah balasan yang lebih baik dari akibat musibah yang menimpaku ini...Ini bukan soal kita tak baik maka tak berani minta yang lebih baik...ini soal ikut sunnah nabi dan kita diajar untuk mendapat yang terbaik...siapa yang boleh nafikan hak kita untuk mendapat rahmat Allah yang begitu luas ? Jangan risau...rahmatNya luas...Jom solat...Wassalam.
Respons 4: perempuan yang terbaik pun tak semestinya yang terbaik untuk kita..jodoh ni satu perkara yang susah nak dirungkaikan ye ustaz,lebih baik kita bina sangkaan baik kepada Allah daripada hanya termanggu mengenangkan kisah lalu dan sibuk bertanya kenapa dan kenapa..haha
No comments:
Post a Comment