Friday, January 13, 2012

Cemburu vs Redha

Tazkirah pendek dari Ustaz Emran di FB...


Cemburu ialah sebuah penyakit yang menyerang hati manusia. Iblis pernah cemburu kepada Adam sehingga menyebabkan dia dilaknat dan terkeluar dari syurga. Cemburu berpunca dari kekufuran dan dapat diubati jika kita beriman bahawa tiada sesiapa dapat merampas rezeki atau hak kita yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di lauh mahfuz. Cemburu lawannya ialah Redha !

Orang yang menyalahkan orang lain atas kekurangan rezeki yang menimpa dirinya adalah tidak beriman dengan takdir. Wanita yang menyalahkan perempuan lain (sebagai perampas suami) atas keruntuhan rumahtangganya juga tidak beriman dengan takdir.

Rumahtangganya sudah ditulis oleh Allah untuk bercerai sejak perempuan (pihak ketiga) itu belum lahir lagi.....bahkan sejak sebelum dia diciptakan lagi.....

Mana-mana orang yang cemburu adalah kerana hatinya dibakar dan dipanaskan oleh syaitan dengan pelbagai andaian dan rasa takut kehilangan rezeki, cinta, kedudukan yang konon-konon akan DIRAMPAS oleh pihak lain....sedangkan ianya mustahil !

Kita mendapat hanya apa yang Allah telah tetapkan dan takdirkan....tak perlu risau atau cemburu atau bimbang orang lain akan merampas HAK KITA kerana jika ianya HAK KITA MAKA TIADA SIAPA AKAN DAPAT MENCEGAHNYA DARI JATUH KE TANGAN KITA !

Wanita yang hebat, dia tak berebut pun kasih sayang dari lelaki....apalah sangat kasih sayang seorang lelaki berbanding kasih sayang Allah SWT....Suami yang ramai isteri akan paling sayang pada isteri yang dekat dengan Allah...isteri yang jika dihampiri oleh suami akan terasa, suam atau kehangatan cinta yang bersemi hidayah dan rahmat....

Allahua'lam.

1 comment:

HijabRockers said...

Terima kasih. Saya suka baca entry ni. Saya doakan yang terbaik utk doktor, suami dan madu =)