Kenapa ramai anak yang memiliki ibubapa yang hebat akhirnya bunuh diri atau menjadi orang yang gagal ? Jawabnya ialah anak muda ibarat pokok yang baru tumbuh,mereka perlukan cahaya,air dan sumber yang mencukupi.Ibubapa pula seperti pokok besar yang berfungsi melindungi pokok kecil itu.Namun yang terjadi ialah pokok kecil itu mati kelayuan akibat bayang dari pokok yang besar menghalang cahaya dari sampai kepadanya !
ramai ibubapa cemerlang di dunia dan mencipta nama tetapi menderita apabila masuk ke dalam rumahtangga....kekadang..hal ini turut menimpa para pendakwah dan golongan agama. Bukan apa, ujian satu hal...satu lagi kerana bayang ibubapa itu terkadang terlalu hebat sehingga anak-anak sesak nafas berada di bawah bayang mak bapa...kena seimbang...itulah kata kuncinya...dan yakinlah pada Allah kalau kita tak mampu nak percaya pada anak-anak dan persekitaran sekarang...tugas kita ialah bekalkan mereka dengan ilmu kebal dan ubat kuat agar mampu berdepan dengan virus kehidupan tanpa terkena jangkitan...wallahu'a'lam.
No comments:
Post a Comment