Monday, October 25, 2010

Siapa yang keliru?

Hari ini, saya merasa sangat sedih. Kekeliruan di dalam memahami Islam sangat kritikal di dalam masyarakat kita. Yang bathil dikatakan hak, yang hak dikatakan bathil. Tanggungjawab seorang bapa diserahkan kepada si ibu. Tanggungjawab seorang isteri diserahkan kepada pembantu rumah. Tanggungjawab seorang bapa kandung diserahkan kepada bapa tiri. Lalu terjadilah masalah dalam institusi keluarga. Yang sedihnya, orang yang tak patut dipersalahkan, lalu dia dipersalahkan. Manakala orang yang sebenarnya bersalah, bergembira berlepas tangan. Benarlah kita di hujung zaman....

2 comments:

lynn said...

Sbb fikir tanggungjawab, saya dah tak amik maid lagi kak... tahan 2 bulan je... huhu terasa sgt bila org buat kerja kita...huhu

Dr Nazatul Shiha said...

Alhamdulillah...