Sunday, October 31, 2010

DURIAN



Tahukah anda, kajian menunjukkan bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih mudah untuk menerima pelbagai jenis dan rasa makanan pejal (bila tiba masa 'weaning') terutamanya sayur – sayuran berbanding dengan bayi yang diberi susu formula sahaja. Salah satu penerangan untuk fenomena yang menarik ini adalah, tidak seperti bayi yg hanya minum susu formula sahaja yang mana mereka cuma berpeluang merasai hanya sejenis (monotonous) perasa susu, bayi yang menyusu badan adalah lebih bertuah kerana mereka terdedah dengan pelbagai perasa yang terdapat di dalam susu ibu. Subhanallah.... hebatnya kuasa Allah Yang Maha Pencipta!
Hmm... kalau anda inginkan anak anda mudah makan durian bila tiba masanya, bolehlah mencuba untuk makan durian ketika fasa menyusukan anak itu... susu ibu perasa durian :)

Rujukan:
J.A. Mennella, Flavour Programming During Breastfeeding; Adv Exp Med Biol. 2009;639:113-20.

3 comments:

lynn said...

Salam kak... hehe nak tanya.. setiap makanan yg kita makan beri perisa kat susu kita? semua ke? ke ada makanan tertentu?

Dr Nazatul Shiha said...

Waalaikumussalam lynn,

Setahu akak, gitulah. Semua jenis makanan boleh beri perisa pada susu kita. Tapi pastilah bergantung kepada jumlah yang kita makan, kekuatan rasanya dll. Allahua'lam.

p/s: bila nak makan petai tu, beringat - ingat la hehe

lynn said...

So, katalah saya minum nescafe, ade kemungkinan x baby susah nak tido? huhuhu... and... baby saya ni asyikle kena bronkities (betoi ke ejaan, haha hentam je) risau jgk nak makan sebarangan...takut jadik athma, so adakah saya jg xleh makan bebende yg bleh sebabkan lelah ya? saya teruja betol nak tahu bebende berkaitan susu ibu ni... hehe