Thursday, March 22, 2012

Adakah Kita Sang Keldai Itu?

Saya semakin menyedari dan sangat bersyukur kepada Allah akan kesedaran ini. Ini hanyalah perkongsian tak seberapa dari saya selepas seberapa lama menghadapi dari satu ujian ke ujian yang lain. Saya tak memaksa sesiapapun untuk bersetuju dengan saya, namun saya terpaksa juga menulis hal ini kerana saya takut ditanya oleh Allah kelak, kenapa kau tak bincangkan dengan orang lain?




Dalam hidup ini, terlalu banyak perkara yang ingin kita perjuangkan. Kita ingin berjuang mengenai hak – hak wanita dan isteri. Kita ingin berjuang mengenai agama. Kita ingin berjuang mengenai anak – anak. Kita juga sering terlibat dengan perbincangan – perbincangan, perdebatan – perdebatan malah pertikaman lidah sesama kita mengenai sebarang isu yang ingin kita perjuangkan. Dan ada di antara kita yang mengambil tindakan yang lebih ke hadapan dengan turun padang dan bergerak juga berkerja supaya isu – isu yang kita bangkitkan itu bukan sahaja diterima oleh orang lain, malah turut diamalkan dan ditabalkan sebagai undang – undang yang sah di negara kita.



Ada yang menganggap isu – isu ranting atau furu' di dalam agama adalah perkara terpenting yang perlu diperjuangkan. Maka penuhlah FB dan blognya mengenai keharaman muzik dan lagu, hukum bacaan doa qunut, bilangan solat tarawikh (sebagai contoh) dan yang seumpamanya. Hinggakan sanggup bertikam lidah dan bermusuhan dengan orang lain yang tidak bersependapat dengannya.


Ada pula menganggap isu – isu pemakanan anak sebagai perkara terpenting di dalam hidupnya. Maka hidup dan mati kita adalah untuk memperjuangkan agar seluruh rakyat di negara kita memahami dan menerima bahawa hanya susu ibu adalah yang terbaik untuk anak – anak kita. Benar, itu memang tak salah. Masalahnya adalah PRIORITY. Dan PRIORITY adalah PILIHAN kita.




Ada juga di antara kita yang memperjuangkan isu – isu lain seperti poligami. Sepanjang masa bercakap mengenai poligami dan berusaha menyedarkan seramai mungkin mengenai kebaikan dan kelebihan berpoligami. Dan sudah pasti ianya mengundang resah kepada mereka yang fobia dengan perkataan yang bermula dengan huruf P itu. Perkataan P itu juga penting, kerana ia boleh menjadi wasilah. Again, apakah PRIORITY kita?




Sayang sekali, bila kita mahu anak kita mendapat pemakanan yang terbaik, susu yang terbaik, dan berusaha bersungguh – sungguh ke arah itu dan memastikan dia menyusu badan sehingga genap 2 tahun atau lebih. Maka selepas itu kita membuat tindakan yang tidak parallel dengan usaha awal kita tadi iaitu menghantar anak – anak kita ke sekolah yang bercampur di antara lelaki dan perempuan (contohnya), atau ke sekolah yang lebih menitikberatkan ilmu barat berbanding dengan ilmu agama (contoh saja), atau mungkin saja kita juga sudah berusaha yang terbaik dengan menghantar ke sekolah swasta beraliran agama dengan nama yang canggih – canggih seperti Itqan, Khadijah dll namun anak – anak kita tetap memuja cerita High School Musical (contohnya) atau masih meminati si Justin Bieber. Di mana silapnya?

Sayang juga bila kita begitu menitik beratkan hal – hal agama sehingga yang paling kecil sekecil zarah namun kita seolah terlupa perkara pokok dan besar di dalam agama seperti masalah aqidah dan juga masalah perpaduan umat. Kita sanggup berdebat mengenai masalah khilaf seperti hukum muzik sehinggakan kita terlupa bahawa hasil perdebatan itu kita bermusuhan dengan saudara semuslim kita sendiri lalu berpecah daripadanya. Sedangkan sudah qatie bahawa perpaduan umat Islam adalah lebih penting – melukakan saudara muslim yang lain adalah seperti melukakan diri sendiri; tidak sempurna iman kita jika kita tidak mencintai saudara semuslim sepertimana kita mencintai diri kita sendiri. Bagaimana tu?

Disebabkan perpecahan umatlah maka saudara kita di Bosnia dilanyak oleh Serbia. Disebabkan masalah yang sama maka saudara Sunni kita di Syria dibantai oleh Syiah Alawiyah pimpinan Bashar Al-Assad. Disebabkan umat Islam seluruh dunia terlalu lemah dan tidak mampu bersatu padu, Islam di Indonesia bergaduh dengan Islam di Malaysia; negara Islam Liga Arab tidak terkata apa – apa; pemerintah Saud, Qatar, Kuwait sudah tercucuk hidungnya dengan ikatan dengan Amerika – maka terjadilah apa yang terjadi di depan mata kita, iaitu perkara pokok yang kita pandang sebelah mata: pembantaian orang Islam yang lemah di merata dunia; di Palestin; di Ughyur, China; di Afghanistan, di Iraq dan kini di Syria. Semuanya kerana kita tidak mampu bersatu. Adakah kaitannya dengan kita? YA! Sangat berkaitan!. Jangan kita ingat yang negara kita ini isolated dari negara Islam di luar sana. Jangan kita ingat kita boleh terselamat sedangkan orang Islam di Syria juga mungkin berfikiran seperti kita sekarang, 15 tahun yang dahulu. 15 tahun tidaklah lama – kita mungkin masih hidup, atau ANAK – ANAK kita mungkin masih hidup untuk melihat perkara yang sama berlaku kepada negara kita pula. Bukankah negara kita yang terlalu kecil dan so insignificant ini juga terlibat di dalam Peperangan Dunia Pertama dan Kedua (WWI & WWII)? Adakah datuk nenek kita bersedia sepenuhnya pada ketika itu? Takkanlah dah terhantuk baru nak terngadah, itulah kebodohan yang jelas namanya.

Saya bukanlah nak anticipate sebarang peperangan, revolusi atau apa – apa yang seumpama dengannya. Cuma yang saya nak timbulkan adalah, ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA? ADAKAH ANAK – ANAK KITA SUDAH BERSEDIA? Kalaupun bukan pada masa kita, adakah kita sudah menyediakan anak – anak kita secukupnya untuk menghadapi masa – masa fitnah yang mendatang? Hmm.. kita memang masih belum bersedia jika kita fikir bahawa sekolah aliran kerajaan (sebagai contoh) yang bercampur lelaki dan perempuan dan terlalu mementingkan keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sebagai segalanya adalah sekolah terbaik untuk anak kita. Itu sudah cukup untuk menerangkan pola pemikiran kita.

Memang ada di antara kita yang sudah nampak kesan buruk itu kepada anak – anak, lalu menghantar mereka ke sekolah agama swasta (sebagai contoh). Tapi nampaknya itu juga masih belum cukup kalau si anak kecil tetap bergirlfriend – boyfriend, tetap lagha dengan FB dan internet, tetap tidak nampak hala tuju atau terlalu dimanjakan sampai bila dah kahwin nak masakpun tak tahu. Itulah realiti pedih yang perlu kita telan. Lalu apa lagi? Bagaimana lagi yang perlu kita lakukan? Memang ramai yang sedar akan hal ini, dan tahu apakah yang patut kita lakukan – persoalannya SANGGUPKAH KITA BERKORBAN?

Dalam hal ini, pada pendapat saya, kita wajar mengambil iktibar dari masyarakat Cina di negara kita. Ambillah pengajaran daripada mereka bagaimana mereka sanggup berkorban (dengan cara yang betul) untuk anak – anak.




Contoh 1: Seorang ibu Cina berusia sekitar 30-an merupakan surirumah dan menjaga 2 orang anak berumur 12 tahun dan 7 tahun. Suaminya bekerja sebagai pemandu. Anak pertama menghidap penyakit Cerebral Palsy (CP) dan memerlukan penjagaan sepenuhnya dari ibu itu. Mereka bukanlah kaya dan cuma mengharapkan gaji yang tak seberapa dari suami si pemandu. Namun, mereka berdua sanggup menghabiskan lebih dari RM2 ribu ringgit untuk memeriksa kesihatan mereka (screening program) supaya keadaan mereka tiptop untuk menjaga anak – anak. RM2K untuk mereka bukanlah murah – malah jiran ingat mereka kaya kerana sanggup menghabiskan duit sebanyak itu hanyalah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang masih dianggap sebagai 'luxury'. Tahun lepas, si ibu didapati menghadapi masalah hati/liver di mana berdasarkan ujian darah 'Liver Function Test' (LFT; yang merupakan 'satu luxury' di mana kalau tiada sebarang simtom, susahlah seorang doktor nak menjalankan ujian tersebut secara 'free willing') didapati bahawa beberapa indikator 'liver enzymes' sudah meninggi (raised liver enzymes). Si ibu yang concern ini terus mencari supplement yang sesuai dan mengamalkannya selama setahun, di samping mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjauhi makanan berlemak dan berminyak. Tahun ini dia kembali lalu mengulangi ujian LFT. Subhanallah, ujian LFT tersebut menunjukkan kesemua raised liver enzymes tadi sudah menjadi normal dengan izin Allah. Ibu itu memberitahu, mereka memanglah tak kaya, tapi dek kerana memikirkan anak yang cacat dan tiada orang lain yang boleh menjaga anak itu kalau dia sakit, maka dia perlu sentiasa memastikan dia sihat walaupun itu bermakna mereka perlu berkorban wang ringgit untuk mencapai maksud itu.

Bagaimana dengan kita? Sanggupkah kita berkorban kerjaya kita (kalau kerjaya yang bukan kritikal seperti setiausaha, akauntan, pegawai tadbir diplomatik – sebagai contoh) demi untuk menjaga anak sendiri ketika kecil dan apabila tiba masanya menghantar mereka jauh dari mata kita contohnya ke Pondok Sungai Durian atau Maahad Al-Manar di Kelantan (sebagai contoh)?. Sanggupkan kita berkorban masa, wang ringgit dan emosi sehingga ke lubuk yang paling dalam untuk anak – anak kita?




Apa yang saya lihat, kita lebih suka berada di comfort zone. Buat apa nak susah – susah hantar anak jauh – jauh atau mahal – mahal kalau dah ada sekolah percuma di depan taman perumahan? Walaupun itu bermakna ia akan memesong halatuju anak kita – belajar untuk berjaya di dalam SPM dan dapat bekerja sebagai seorang arkitek namun tidak menyumbang kepada Islam lalu menjadi seperti keldai yang hanya tahu bekerja-makan-tidur, walaupun itu bermakna mendedahkan anak – anak kita kepada maksiat, walaupun itu bermakna anak kita liat solat dan hanya boleh membaca Al-Quran tetapi tidak mampu menghafalnya apatah lagi memahami maksud dan tadabbur dengan maknanya (bab mengamalkannya tak payah la cerita), walaupun itu bermakna sebahagian masa belajarnya perlu dihabiskan untuk subjek – subjek yang kurang penting seperti English Litterature, Pendidikan Seni Visual, Perdagangan dll? Oh sangat besar harganya hanya kerana kita suka berada di comfort zone. Tak mampu untuk pergi lebih jauh dari itu. Tak mampu menghadapi tekanan emosi berjauhan dari anak – anak kalau anak dihantar ke sekolah yang jauh tapi berpotensi untuk mengelak dari kesemua di atas. Tak mampu menahan nafsu untuk shopping di waktu lunch hari Jumaat (masa rehat panjang, kalau kerja dengan kerajaan) lalu perlu bekerja walaupun hanya sebagai Pembantu Tadbir untuk memenuhi tuntutan itu – dan sebenarnya suami mampu saja menyediakan keperluan secukupnya untuk keluarga cuma tak mampu nak memenuhkan kemahuan nafsu shopping kita. Tak sanggup berhadapan dengan mulut orang yang bakal mencemik dan memandang rendah kepada kita hanya kerana kita memilih untuk menjadi surirumah untuk menjaga anak sendiri walaupun ada degree dalam bidang IT (sebagai contoh). Itulah kelemahan kita.

Balik kepada Priority tadi. Soal agama yang ranting juga adalah penting. Susu ibu adalah penting. Perkahwinan juga penting. Semuanya penting dan tiada siapa yang mempertikaikan akan kepentingannya. Tapi apakah priority yang kritikal yang perlu kita titikberatkan SEKARANG? Yang mana ianya lebih utama untuk diperjuangkan, diamalkan, dilakukan dan diberikan tumpuan yang lebih, melebihi kesemua perkara penting tadi? Soalnya di sini adalah cara kita membuat percaturan, pembahagian masa, tenaga, usaha, wang ringgit malah nyawa. Allah memberi kita 24 jam tidak lebih. Allah memberi kita average 2400kcal tenaga tidak lebih. Allah memberi kita rezeki dalam bentuk kesihatan dan kewangan. Allah memberi kita nyawa. Persoalannya, bagaimana kita membahagikan kesemua itu agar yang utama mendapat bahagian yang lebih manakala yang kurang penting dikurangkan allocationnya?

Susu ibu adalah penting malah ada surah di dalam AQ yang mengatakan mengenainya. Tapi adakah ia tersangat penting sehingga kita memperuntukkan seluruh hidup kita untuk memperjuangkannya? Sedangkan masa dan tenaga tadi juga amat diperlukan untuk memastikan suami kita terlayan kehendaknya dan anak kita tak tergadai aqidahnya. Semuanya berbalik kepada priority dan kita akui bahawa setiap orang adalah berbeza situasinya. Namun priority tidak sepatutnya sangat berbeza. Kalau kita yakin dengan homeschooling (sebagai contoh) dapat mengelakkan anak kita dari terjebak dari maksiat di sekolah – namun itu bermakna kita perlu berkorban masa dan pekerjaan mahupun perjuangan kita di dalam jemaah (biarlah jemaah apapun hatta jemaah susu ibu), sanggupkah kita? Ini sekadar contoh. Setiap orang situasinya berbeza dan setiap ibubapa pastilah mahu yang terbaik untuk keluarga masing – masing. Cuma ramai yang tersasar atau tanpa sedar telah menggadaikan apa yang penting demi untuk yang kurang penting.

Persoalan agama semuanya penting, mana ada yang tak penting. Tapi sanggupkah kita demi perpaduan Islam, menjatuhkan ego kita lalu berjabat tangan dengan orang yang tak bersependapat dengan kita apatah lagi mengenai soal – soal furu' lalu sama – sama berkerah tenaga supaya existence umat Islam di negara kita khasnya dan di dunia umumnya terus terpelihara? Ego sesetengah orang Islam sangatlah tinggi sehingga tak kena gaya. Ini masalah besar. Ini masalah kita menjadi buih dan bangsa lain menerkam kita seolah kita ini kambing panggang yang dibiarkan di tepi jalan. Memamah kita sehingga ke tulang sumsum. Tak sedar lagikah kita? Ketika itu hilang soal susu ibu, hilang soal doa qunut, hilang soal poligami. Kalau sekarangpun dalam keadaan kita di dalam zon selesa kita tak mampu berkerjasama, apatah lagi bila kita diduga dengan situasi merbahaya contohnya jika Singapura dan Thailand menyerang kita serentak? Bagaimana anak – anak kita yang kita harapkan agar menjadi mujahideen dan mujahidah, sempatkah? Atau kena penggal kepala dahulu sebelum sempat menjadi remaja. Itulah yang berlaku di Syria dan Palestine – mass genocide untuk melemahkan generasi umat Islam akan datang. Tapi di Malaysia ni tak jadi masalah, memang majoriti anak – anak dah rosakpun.

Tulisan ini tidak memberikan sebarang solusi, ianya sekadar mencetuskan pemikiran. Sekadar mahu mengetuk kepala sendiri dan kepala – kepala lain yang sudi diketuk. Agar mengingatkan kita mengenai tujuan hidup dan priority di dalam hidup. Allahua'lam.

Wednesday, March 21, 2012

Suami Setegar Pillar

Dipetik dari:

parentingnabawiyah

eramuslim




Membaca Surat An Nisa’ ayat 34, kita akan mendapatkan pelajaran mahal tentang keluarga. Ini salah satu kunci keluarga yang hari ini bengkok oleh hantaman zaman. Berbagai ajaran yang jauh dari ajaran Islam telah merusaknya. Tanpa kita sadari telah membuat biduk rumahtangga terombang-ambing dalam ketidakjelasan. Tidak jelas, kemana arahnya. Tidak jelas siapa nahkodanya. Tidak jelas, nasib penumpangnya. Di tengah badai yang siap melumat semuanya. Kapan saja. Kasihan.

Allah yang Maha mengetahui apa saja yang memperbaiki kehidupan manusia telah berfirman,

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka." (Qs. An Nisa’ [4] : 34)

Untuk memahami lebih dalam tentang ayat ini, mari kita gali dari sisi Bahasa aslinya. Kata (قوامون) berasal dari kata (قوامة). Secara bahasa, kata (قوامة) baik dengan fathah pada Qof ataupun Kasroh, mempunyai beberapa arti:

1. عماده الذي يقوم به وينتظم
Pilar kokoh yang digunakan untuk penopang dan pengatur agar rapi (Al Mishbah al Munir, Ahad bin Muhammad Al Fayumi)

2. وَالْقِوَامُ بِالْكَسْرِ مَا يُقِيمُ الْإِنْسَانَ مِنْ الْقُوتِ وَالْقَوَامُ بِالْفَتْحِ الْعَدْلُ وَالِاعْتِدَالُ
Qiwam dengan Kasroh: makanan yang membuat manusia bisa tegak berdiri. Qowam dengan fathah: Adil dan seimbang (Al Mishbah al Munir, Ahad bin Muhammad Al Fayumi)

3. القيم هو السيد وقيم القوم سيدهم الذي يسوس أمورهم. يقال فلان قوام أهل بيته وهو الذي يقوم شأنهم
Al Qoyyim: Tuan/pemimpin. Qoyyim Qoum: pemimpin umat mengatur semua urusan mereka. Dikatakan: Fulan Qiwam keluarganya, berarti: Dialah yang mengurusi urusan mereka. (Mukhtar ash Shihah, Abu Bakar Ar Razi)

4. قام الأمير على الرعية: وليها
Qoma amir terhadap rakyatnya: walinya (yang menolong, membela, mewakili dan mengurusi) (Asas al Balaghah, Az Zamahsyari)

5. وقيام للشيء هو المراعاة للشيء والحفظ له
Qiyam terhadap sesuatu: memperhatikan dan menjaga sesuatu itu (Mu’jam Mufradat Al Quran, Al Ashfahani)

Dari lima nukilan tersebut, bisa kita bayangkan tugas seorang Suami dengan kata Qowamah itu. Menjadi lebih dalam rasanya, melihat asal katanya. Hingga ada dua buah buku yang khusus membahas tentang kata ini,

القوامة في ضوء القرآن والسنة (رشيد كهوس)
Qowamah dalam perspektif Al Quran dan Sunnah (Rasyid Kahusy)

لمن القوامة في البيت (عصام بن محمد الشريف)
Siapa yang berhak terhadap Qowamah di dalam rumah (Isham bin Muhammad Asy Syarif)




Dalam buku yang kedua ini, disampaikan di mukaddimahnya:

Di kebanyakan rumah hari ini, Qowamah ada di tangan wanita!, maka bercampur aduklah pemahaman, guncanglah timbangan, lenyaplah nilai. Apakah Anda tahu apa yang terjadi jika wanita memegang Qowamah terhadap Suami dan anak-anaknya? Begitu banyaknya efek, di antaranya keluarga yang akan retak dan terurai antara Suami tanpa kepemimpinan dan Istri yang bebas berbuat dalam kendali kesia-siaan dan hawa nafsu, serta anak-anak yang hilang di antara ayah dan ibu yang berbeda dan bertikai.

Sesungguhnya, penyatuan kepemimpinan adalah keniscayaan bagi keamanan kapal. Kapal rumahtangga ini harus memiliki kepemimpinan yang mampu menanggung beban, menjaga aturan agar tidak terburai. Ini menjadi catatan bagi cacatnya nilai Islam di dunia kaum laki-laki.

Dan berikut ini penjelasan beberapa ulama tentang kata tersebut,

1.Ibnu Katsir: Seorang Suami Qoyyim terhadap Istrinya artinya, dia pemimpinnya, pembesarnya, hakimnya dan pendidiknya jika bengkok.
2.Al Qurthubi: Suami bertanggung jawab untuk mengurusinya, mendidiknya, meletakkannya di rumah, melarangnya berpenampilan mencolok di luar.
3.Sayyid Quthub: Jika lembaga-lembaga yang lebih kecil dan murah; seperti lembaga keuangan, industri, perdagangan dan yang lainnya tidak diserahkan kecuali kepada orang yang ahli, yaitu orang-orang yang memiliki kemampuan dalam bidang tersebut dan telah berlatih melebihi bakat yang dimilikinya berupa manajemen dan kepemimpinan. Maka kaidah ini pun harus diberlakukan bagi lembaga rumahtangga yang merupakan penghasil unsur paling mahal di semesta ini; yaitu unsur manusia.
Untuk itulah, wanita dibekali kelembutan, kasih sayang, cepat merespon dan bergerak bagi kebutuhan anak tanpa kesadaran dan berpikir terlebih dahulu. Karakter ini bukan tempelan, tetapi tertancap dalam pada penciptaan organnya, otot, akal dan jiwanya.

Adapun laki-laki dibekali ketegaran dan ketabahan, lambat merespon dan memenuhi panggilan, menggunakan kesadaran dan pikiran sebelum bergerak dan memenuhi panggilan…Karena seluruh tugasnya memerlukan ketenangan dan berpikir sebelum melangkah maju…Dan ini pun karakter yang tertancap dalam pada diri laki-laki.

Dari keseluruhan penjelasan para ulama di atas, cukup menjadi perenungan dalam bagi para Suami dan semua laki-laki yang akan menjadi Suami. Bahwa Qowamah tidak sesederhana yang dibayangkan. Tidak seumum kata kepemimpinan yang telah terkoyak-koyak maknanya hari ini.

Tetapi Qowamah bagi Suami adalah kewajiban menjadi Pilar kokoh. Tempat bersandar yang tegar. Tempat penopang yang menjamin tidak robohnya bangunan rumah tangga. Tempat kenyamanan bagi semua penghuni rumah.

Qowamah bagi Suami adalah kewajiban menjadi sumber nafkah untuk keberlangsungan. Nafkah yang memberi fasilitas hidup dan ketenangan bagi seluruh anggota rumah. Suami adalah ladang yang lapang nan hijau bagi merumputnya semua gembala.

Qowamah bagi Suami adalah kewajiban menjadi pemimpin dengan semua makna kepemimpinan. Merencanakan, mengatur, menjaga, memperhatikan dan sebagainya. Dengan tugas ini, maka Suami harus menyediakan waktunya 24 jam, kapan saja untuk semua keperluan rakyatnya di rumah.

Qowamah bagi Suami adalah kewajiban menjadi keadilan dan keseimbangan. Adil dan seimbang mengharuskan jiwa yang tenang, tidak emosional, berada di tengah, bertindak hanya dengan bukti dan data. Tidak memutuskan kecuali dengan ilmu.

Qowamah bagi Suami adalah kewajiban menjadi pendidik. Keteladan dan ilmu merupakan mata air deras lagi menyejukkan yang harus dimiliki oleh Suami sang guru. Pendidik tak hanya mengajarkan ilmu. Tetapi memberi keteladanan atas aplikasi ilmu tersebut. Juga mengevaluasi atas keberhasilan pendidikannya. Meluruskan jika ada yang bengkok dengan jiwa seorang pendidik murni. Terus mengawalnya hingga menghasilkan lulusan membanggakan.

Sebesar inilah tugas para kaum laki-laki. Jadi, tidak sesederhana orang mengeluarkan kata cinta dari lisan yang tak bertulang itu.

Maka, seharusnya setiap Suami benar-benar ‘memaksakan’ dirinya menuju seluruh sifat di atas. Demikian juga setiap anak laki-laki, harus dilahirkan dididik hingga mampu menjadi Qowwam bagi para Istrinya.

Inilah Qowamah yang harus dipertanggungjawabkan para Suami di hadapan Allah kelak!


Tuesday, March 13, 2012

Hakikat Kehidupan

Dengarlah satu nasihat yang berguna untuk kita...

Pada awal suatu tahun saya pernah berkata kepada seseorang, "Berilah aku cahaya yang dapat aku jadikan pelita dalam menelusuri alam kehidupan yang ghaib dan majhul ini. Kerana saya dalam kebingungan". Lalu orang itu menjawab, "Letakkanlah tanganmu di tangan Allah, nescaya Dia akan menunjukkan ke jalan yang lurus".

Dan di sebuah persimpangan jalan berhentilah seorang musafir kelana yang berjalan mengharungi padang kehidupan. Ia menoleh ke belakang melihat jauhnya perjalanan yang harus ditempuhnya lagi.


Wahai orang yang sedang kebingungan di padang kehidupan, sampai bilakah engkau hidup dalam petualangan dan kesesatan. Padahal di tanganmu ada pelita yang bersinar cemerlang.

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus". (QS : Al-Maidah : 15-16)

Wahai orang-orang yang kebingungan, yang telah letih dan kehilangan haluan, hingga tersesat jalan dan menyimpang dari jalan yang lurus, sambutlah oleh panggilan Allah Azza Wa Jalla.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
(QS : Az-Zumar : 53-54)

Dan nantikanlah sesudah itu ketenteraman jiwa, balasan yang baik dan ketenangan hati.

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal". (QS : Ali Imran : 135-136)

Wahai saudara yang sedang penat dan letih, yang tersungkur di bawah tindihan beban noda dan dosa, kepadamu kusampaikan bisikan kata bahwa pintu ampunan Tuhanmu luas terbuka. Dan ratap tangis orang yang bersalah lebih disukai daripada doa orang yang patuh.


Duduklah engkau di malam sunyi, berbisik kepada Ilahi, menghadap dengan sepenuh hati. Titiskanlah air mata penyesalan dan kesedihan, ucapkanlah kalimat istighfar dan kata taubat. Semoga Allah menghapuskan semua noda dan dosamu dan mengangkat tinggi darjatmu. Dan semoga pula engkau menjadi orang yang didekatkan kepada-Nya.

Rasulullah saw bersabda :

"Semua anak Adam pernah berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah yang bertaubat". (HR :Tirmidzi, Ibnu Majah, Hakim dan Darimi)

Firman Allah Ta'ala :

"Sungguh, Allah cinta orang yang taubat.Dan cinta orang yang bersuci diri". (QS : al-Baqarah : 222).

Alangkah dekatnya Tuhanmu kepada dirimu, sedangkan engkau tak mau mendekati-Nya. Alangkah cintanya Dia kepadamu, sedangkan engkau tak mau mencintai-Nya. Alangkah besarnya kasih sayang-Nya kepadamu, sedangkan engkau melupakan kasih-sayang-Nya. Sesungguhnya Ia telah berkata dalam hadith :

"Aku menuruti keyakinan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku selalu menyertainya bila ia mengingat-Ku. Maka jika ia mengingat Daku dalam dirinya, Aku pun mengingatnya didalam diri-Ku, dan jika dia mengingat-Ku ketika dia sedang berada di tengah-tengah khalayak ramai, niscaya Kuingat dia di dalam kumpulan orang yang lebih baik daripada mereka itu. Bila ia mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta, dan bila ia mendekat kepada-Ku sehasta, maka aku mendekat sedepa, dan jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari". (HR : Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Ibnu Majah).

Dan dalam hadith qudsi yang lain :

"Wahai anak Adam! Berdirilah engkau untuk mendekati Aku nescaya Aku akan berjalan mendekatimu, dan berjalanlah untuk mendekati-Ku niscaya Aku akan berlari mendekatimu". (HR : Ahmad).

Rasulullah Salallahu alaihi wassalam bersabda :

"Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla membuka tangan-Nya pada waktu malam, supaya bertaubat orang yang melakukan kesalahan pada siang hari, dan Ia membuka tangan-Nya pada waktu siang supaya bertaubat orang yang melakukan kesalahan pada malam hari. Begitulah hingga matahari terbit dari barat." (HR : Muslim).

Yang demikian itu menunjukkan betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang melebihi kasih ibu kepada anak tunggal yang disayanginya.

Firman-Nya :

"Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia". (QS : al-Hajj : 63)

Barangsiapa yagn mengerti hakikat waktu, maka ia telah mengetahui nilai kehidupan, sebab waktu adalah kehidupan.

Ketika roda zaman berputar, melintasi tahun-tahun kehidupan untuk menyongsong tahun yang baru lagi, kita berhenti di persimpangan jalan. Dan alangkah perlunya pada kesempatan yang hanya sebentar ini. Kita melakukan koreksi diri terhadap masa-masa lalu dan menilikkan pandangan ke depan sebelum datangnya hari hisab (perhitungan). Kerana hari perhitungan itu pasti datang.

Saat masa berlalu, kita hanya bisa sesali dosa-dosa. Maka, kita perlu mengatur langkah sebaik-baiknya agar tak tergelincir lagi. Kita luruskan yang bengkok, dan kita kejar yang terluput. Selagi masih ada kesempatan, selagi masih ada umur.




Dan untuk menghadapi masa yang akan datang, kita buat persiapan berupa hati yang bersih, niat yang suci, dan kemauan yang kuat untuk melakukan kebijakan. Al-Qadhi Abu Nashr Muhammad bin Wad'an meriwayatkan dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas, ia berkata : "Aku mendengar Rasulullah shallahu alaihi wassalam bersabda dalam satu khutbahnya :

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu mempunyai rambu petunjuk jalan, kerana itu ikutilah petunjuk (rambu-rambu), dan kamu mempunyai batas, kerana itu berhentilah pada batas akhirmu. Sesungguhnya orang mukmin itu berada diantara dua ketakutan, antara waktu yang telah lampau di mana ia tidak tahu apa yang diperbuat Allah terhadap dirinya dalam waktu yang lampau itu, dan antara waktu yang masih tersisa di mana ia tidak tahu apa yang ditetapkan Allah dalam sisa waktu (usianya) itu. Kerana itu, hendaklah seseorang hamba memanfaatkan dirinya dengan sebaik-baiknya demi keselamatan dirinya sendiri nanti, menggunakan kehidupan dunianya sebaik mungkin demi untuk kepentingan akhiratnya, menggunakan masa mudanya sebelum datang masa tuanya, dan memanfaatkan masa hidupnya sebelum ajalnya tiba. Demi Dzat Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesudah kematian tak ada kepayahan, sesudah kehidupan dunia tak ada kehidupan, melainkan syurga atau nereka".

Maka :

"Tiada suatu hari pun yang fajarnya menyingsing melainkan Ia berseru : "Wahai anak Adam! Aku adalah makhluk yang baru, dan Aku menyaksikan segala amal perbuatanmu, maka ambillah bekal dari pada-Ku, karena sesungguhnya Aku tidak akan kembali lagi hingga datangnya hari kiamat nanti". (HR : Abu Nu'aim).

Wahai saudara-saudaraku yang telah letih, yang tersungkur di bawah tindihan noda dan dosa-dosa, janganlah anda berputus asa dan jangan pula putus harapan. Inilah saat pengampunan yang datang bersamaan dengan datangnya tahun baru hijriyah. Tinggalkanlah segaka kemaksiatan dan dosa, menuju kehidupan baru yang lebih bersih.

Inilah hembusan angin penerimaan taubat yang dengan lemah lembut menerpa wajah tahun baru, yang indah. Inilah cahaya hidayah yang memancar bersamaan dengan terbitnya bulan sabit yang cerah. Wallahu'alam.

http://www.eramuslim.com/nasihat-ulama/hakikat-kehidupan.htm

Thursday, March 08, 2012

BAKTERIA ADA DI MANA – MANA




Di manakah kebanyakan bakteria yang terdapat di tubuh kita?
Kebiasaannya bakteria ini terdapat di:
1. kulit
2. rongga mulut
3. hidung
4. saluran pernafasan atas (upper respiratory tract)
5. usus kecil, terutamanya di bahagian bawah usus
6. usus besar
7. anus (dubur)
8. beberapa sentimeter di atas saluran air kencing

Tahukah anda bahawa jumlah bakteria yang di bawa oleh badan kita melebihi jumlah sel yang terdapat pada badan kita? Contohnya:
> rongga mulut dan hidung: 10^8-10^10 bakteria/ml
>ketiak: 10^6-10^7 bakteria/mm^2
>perut: <10^3 bakteria/ml >usus kecil: <10^5 bakteria/ml >usus besar: 10^10-10^11 bakteria/g
>vagina: 10^8-10^10 bakteria/ml
>kulit: 10^2-10^3 bakteria/mm2
>paru – paru: tiada bakteria
(Maklumat di ambil dari buku Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies, m/s 14; Lars A. Hanson, 2004)


Mengapa penting untuk bayi yang baru lahir 'didedahkan' kepada 'bakteria baik' sebaik sahaja dilahirkan?

Bayi yang baru lahir perlu didedahkan kepada flora mikrobial yang normal (bakteria baik). Malah flora mikrobial yang normal ini juga perlu hidup di dalam badan bayi. Cara yang paling selamat adalah dengan membenarkan bakteria baik ini datang dari ibunya sendiri kerana ibunya juga boleh menyediakan perlindungan dari bakteria tersebut. Proses ini sebenarnya berlaku secara semulajadi apabila bayi itu dilahirkan secara normal (spontaneous vaginal delivery, SVD). Ini kerana proses kelahiran itu sendiri, yang mana bayi dilahirkan berhampiran dengan anus (dubur) ibu menyebabkan secara tak langsung sebahagian bakteria dari ibu akan berpindah ke kulit dan lapisan mukus pada bayi. Sekali imbas nampak seperti cara ini sangatlah tidak bersih dan tidak hygenic tapi rupa – rupanya itulah hukum alam atau Sunnatullah agar bayi tersebut terdedah kepada bakteria baik secara semulajadi!




Bakteria baik ini hidup pada kulit dan pada kebanyakan lapisan mukus bayi di mana ianya akan membantu untuk melindungi bayi dari sebarang patogen (bakteria jahat) yang merbahaya. Bagaimanakah bakteria baik ini dapat melindungi bayi tersebut? Dengan kehadiran bakteria baik ini, ia akan bersaing dengan bakteria jahat untuk mendapatkan nutrisi dan kawasan atau tapak untuk hidup.Dengan itu bakteria jahat sukar mendapatkan makanan dan kawasan untuk berkembang biak.

Di bahagian perut dan usus bayi di mana bakteria berkembang biak paling banyak, adalah penting supaya bakteria baik terutamanya bakteria jenis 'anerobik' ini mendominasi, bersaing dan juga mengurangkan jumlah bakteria jahat (patogen) yang berpotensi untuk menjadi bahaya seperti E. coli atau Klebsiella. Rawatan antibiotik (untuk sebarang sebab lain) akan teruk mengganggu bakteria baik pada bayi yang sedang dalam rawatan antibiotik malah mungkin juga boleh turut mengganggu bakteria baik pada bayi lain yang tinggal di rumah atau pusat asuhan yang sama.




Penyusuan ibu mampu mengurangkan kapasiti banyak bakteria jahat di dalam perut dan usus bayi daripada menyebabkan jangkitan. Ini berlaku apabila keupayaan bakteria jahat untuk melekat dan masuk melalui tisu ke lapisan mukus pada perut dan usus bayi dihalang atau dihadkan oleh kehadiran susu ibu. Perlu diingatkan bahawa susu tepung atau susu formula langsung tidak mempunyai keupayaan ini.

Kehadiran bakteria baik di dalam perut dan usus bayi merupakan perangsang utama untuk pertumbuhan dan pembangunan sistem imun bayi. Hasilnya, sistem imun bayi berupaya untuk melindungi bayi dari sebarang jangkitan. Tambahan lagi, proses ini juga mampu menghadkan kesannya terhadap makanan atau debunga dan dengan ini boleh mengelakkan bayi dari mendapat reaksi alahan pada masa akan datang.




Sehebat manapun ciptaan manusia, pastinya ia tidak mampu menandingi kehebatan ciptaan Allah Yang Maha Pencipta walaupun sedikit. Allahuakbar!

Rujukan:
1. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies, The Newborn Meets A World Full of Microbes; Lars A. Hanson, Pharmasoft Publishing, 2004.

Tuesday, March 06, 2012

Beauty And The East - How Sara Bokker Found Islam

http://www.islamicinformation.net/2008/06/how-sara-bokker-found-islam.html


By Sara Bokker

I grew up near a small town in South Dakota. The only religions I was exposed to were various denominations of Christianity. My family and I occasionally attended a Lutheran church, encouraged by my mother, and I was eventually confirmed Lutheran. I did believe in God, but did not believe in all that "church stuff": singing, worshiping pictures of crosses and Jesus, and eating "the body and blood of Christ." It just did not make any sense to me.

For as long as I can remember, something was always missing. There was this hole in my heart, this great sadness and dark loneliness penetrating every cell of my body, mind, and soul. Nothing could fill that hole, and the pain would not go away. I turned to alcohol at a very early age to numb that deep, agonizing pain, but it was only temporary, and it always made me feel even worse after the numbness wore off.

My distance from my family and everyone else around me only increased as I grew older. I had so much disgust and hatred for myself, which caused me to be absolutely horrible to my parents. All I remember wanting was to escape — escape where I was and who I was. However, I found that no matter how hard I tried, I could not escape who I was. Therefore, I was determined to do what I could to escape where I was before I literally destroyed myself.

I became a slave to my looks. I was consumed by it all.
I dropped out of college and left South Dakota for Florida by myself when I was 19. Able to make a fresh start in an exciting new environment, I found a bit of happiness for a brief period of time. But it was only superficial. That pain and sadness, that hole in my heart, was still there.

I spent many years searching for something to heal myself. I turned to psychology, self-help books and tapes and exercise, all of which really did help me a great deal. I was able to gain some strength in order to go on with my life. I did get caught up in the Florida lifestyle though. My various jobs enabled me to gain some easy cash, so it left as fast as it came, thanks to a lot of shopping and partying. In order to keep up with everyone else, I got credit cards — a lot of credit cards — and found myself sinking deeper and deeper in debt, but not even caring since I was just living for the day. I was also caught up in my looks. It cost a lot of time and money to look good. I became a slave to my looks. I was consumed by it all: hairdresser, manicurist, gym, mall, etc. After all, I was how I looked, or so I thought. And I just knew I would be happy if everyone was looking at me, if I got a lot of attention. And I did get attention, but I hated it. It made me miserable. So what would make me happy? I was still searching.

I found love, and that made me happy for a little while. Then I began looking into religions, all types and kinds of religions. Interestingly enough, I discovered there to be some "universal truths" in many religions. It seemed the rest was different, but the essence was the same. My love for all of humanity and the peace in my heart increased greatly with my spiritual search and growth. I came to be most interested in "metaphysical studies," and some sort of Eastern-type meditation and yoga. I adhered mostly to these. However, I wanted more. I wanted someone to tell me exactly what to do and how to do it. I needed rules and structure. And I just could not get that as this particular field is very liberal, abstract, and free.

Eventually I went back to college, and that made me feel much better about myself. I developed a passion for international relations and after I learned the ugly truth about "American History" and "US Foreign Policy," I was horrified with all the injustice, racism, and oppression. It broke my heart. I was so saddened by the suffering in the world. I decided I must do something about it.

I was just too strong-headed to submit the way one must in order to be a Muslim.
I began networking with and educating local high school and college students about the injustice in the Middle East, and eventually I began organizing local activists to travel to Washington, DC, to protest the upcoming war in Iraq. During this process, I met an amazing man — a Muslim — who was doing this very same kind of work. I had never seen someone who had dedicated his life to the causes I cared so much for — justice and human rights. He had started his own organization, which I volunteered for so that I could learn from him and help in the struggle. As we worked together, he shared with me the stories of Prophet Muhammad (peace be upon him), the Companions, and the amazing civilization of Islam — the only instance of a just society on this planet. I was shocked to hear these stories, as I knew nothing about this history. I became enchanted with Islam and read all I could about it, eventually reading the Qur'an.

I found in Islam the truth I was searching for. Finally it all made sense. However, I realized I had so many misconceptions and stereotypes I was not even aware of. First of all, I was not keen on the women issue and did not yet understand why they dressed so differently. I said resolutely, "I could never dress like that," as I still had the mindset that "how I look is who I am." So if people could not see how I looked, then I would not even exist. Also, what about "the woman stays at home and just takes care of the kids and the household and listens to her husband"? This was too much for me! There was just no way that I could understand why a woman would stay at home. Who is she if she is not "out there" climbing her way to that glass ceiling? And why should she be so obedient to her husband?

I did find the beautiful answers to these questions, which are very logical and amazingly functional. You see, Islam is not just a religion. It is a complete way of life. In it, you have the guidance and the answers to even the smallest of details, like how to eat and sleep. It is amazing!

However, I still was not willing to commit to Islam. It seemed too tough for me; it was too much responsibility and I was just too strong-headed to submit the way one must in order to be a Muslim. Then one cool January night in 2003, I was on the bus ride back from another antiwar rally in Washington, DC, I was at a crossroads in my life. I hated my job and had recently left my husband as we had grown apart. I had had enough of organizing the antiwar people. I was 29 years old and had no idea what I would do with my life. I broke down and started crying. I said to myself, "What can I do? What can I do? I just want to be a good person and make the world a better place. But how? What should I do?" All of a sudden, the answer came to me: Be a Muslim. That's it! A blanket of comforting peace embraced me. I felt so calm and sure and full of joy. All of a sudden I had a purpose in life, a reason to exist.

Life is still life: It's not easy, but now I have a guidebook.
One week later, I said my Shahadah (testimony of faith) at a public groundbreaking for a new mosque. As soon as I said it, two rainbows appeared in the sky! Everyone who witnessed it was very touched and all the Muslim sisters came up to me afterwards hugging me. I was crying from so much joy, as were most of the people there, happy to have me in the Ummah (community of Muslims).

The next day, eager to show the world I was a Muslim, I went to a local Middle Eastern store where they sold beautiful hijabs (headscarves) and dresses appropriate for the required Muslim dress. I bought many dresses and scarves, and from that day forward, I dressed properly. Ahhhhh … free at last! I had broken the chains of fashion and physical enslavement enforced by a superficial society. Honestly, I felt as if a huge weight had been lifted off my shoulders. I no longer felt the pressure to dress and look better than everyone else. I finally respected myself and no longer based my self-worth on the reactions and attention of others. While many looked at me strangely — some with pity, some with anger, and some with curiosity — I really did get so much respect like never before.

Al-hamdu lillah (all praise be to Allah), the wonderful man who introduced me to Islam married me exactly one month after I became Muslim. Since then we have continued our work together against injustice throughout the world. We have traveled throughout the Middle East and moved from America to Egypt to be with my husband's mother and to live in an "Islamic" environment. Al-hamdu lillah, I am blessed with a beautiful family, in addition to the larger family — the Ummah — I gained when I became a Muslim.

Life is still life: It's not easy, but now I have a guidebook, a structure, a foundation. My heart is complete. The sadness and loneliness are gone. I now feel I belong. I am somebody. And I am home, at least for now, in this millisecond we call dunya (worldly life), until I am in my final, eternal home, in the akhira (afterlife), in sha' Allah (if Allah wills), near to my beloved, the Creator and Lord of the Worlds, Allah, Glorified and Exalted is He.

About Sara Bokker
Sara Bokker is a former actress, model, fitness instructor, and activist. Currently, Sara is director of communications at The March for Justice, a co-founder of The Global Sisters Network, and producer of the infamous Shock & Awe Gallery©. Sara may be reached at srae@marchforjustice.com.

Wanita Dahulu dan Sekarang

http://alislamu.com/artikel/95-wanita-dahulu-dan-sekarang.html

http://muslimahzone.com/telaah/wanita-dahulu-dan-sekarang.html

**(Saya telah mengubah sedikit kosa kata dan laras bahasa di dalam artikel ini supaya bersesuaian dengan Bahasa Malaysia)

Muslimahzone.com – Allah SWT menciptakan makhluknya berpasang-pasangan. Di antara makhluknya yang paling indah dan sempurna adalah manusia. Allah SWT juga telah menurunkan petunjuknya yang paling sempurna. Sehingga, bila manusia menerima dan mengamalkan petunjuk itu, betapa indahnya manusia itu. Sebaliknya, bila ia menolaknya, betapa rendah dan jeleknya manusia itu, bahkan Al-Qur’an menyebutnya lebih hina dari binatang.

Allah SWT menjadikan keindahan ada dalam wanita meskipun pada hakikatnya antara lelaki dan wanita sama di hadapan Allah SWT. Hanya saja, Allah menjadikan keindahan itu ada pada wanita kerana kelembutan, kasih sayang, dan emosinya yang lebih daripada kaum lelaki. Betapa indahnya sang wanita jika dihiasi dengan syariat Allah. Dia menjadi anak yang taat kepada Allah dan kedua orang tuanya. Jika dia menikah, dia menjadi penyayang bagi suaminya. Jika dia menjadi ibu, dia menyayangi dan mendidik anak-anaknya dengan sebaik mungkin. Dari wanita solehah seperti inilah lahir pejuang-pejuang yang gagah dan pemimpin yang bijaksana. Perhatikan keadaan wanita pada masa Rasulullah saw. dengan generasi salafus saleh sesudahnya. Mereka, kaum wanita itu, ada di balik segala keberhasilan dan kecemerlangan peradaban Islam. Apakah wanita dewasa ini mampu mengikuti jejak para pendahulunya? Marilah kita lihat kenyataannya.



Wanita dalam Al-Qur’an
Di dalam Al-Qur’an terdapat 114 surah. Di dalamnya tidak ada satu pun surah tentang lelaki (ar-rijal), tapi menariknya ada surah tentang wanita (An-Nisaa’), bahkan lebih spesifik ada surah Maryam, meskipun dia bukan nabi. Umar ra. memerintahkan kepada wanita untuk mempelajari surah An-Nuur (cahaya) kerana di dalamnya mengandungi pelajaran bagi kaum wanita agar lebih bercahaya. Keberadaan kaum wanita sama dengan kaum lelaki di hadapan Allah.

Allah SWT berfirman (yang ertinya), “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain …’.” (Ali Imran, 3: 195).

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik …” (An-Nahl: 97).

Kewujudan wanita sebagaimana lelaki dalam kehidupan ini mengalami ujian yang bermacam-macam. Namun, mereka harus tetap tegar dan solehah seperti yang dicontohkan Al-Qur’an dengan Asiyah, isteri Fir'aun yang sabar dalam menghadapi ujian dari suaminya, atau seperti Maryam yang tabah menghadapi ujian hidup tanpa suami. (Lihat At-Tahrim 11-12). Sebaliknya, jangan seperti isteri Nabi Nuh a.s. dan Nabi Luth a.s. yang khianat terhadap suaminya dan tidak taat kepada Allah. (At-Tahrim: 10).

Wanita pada Masa Rasulullah
Rata-rata kaum wanita pada masa Rasulullah saw. tidak ketinggalan ikut berlumba meraih kebaikan, meskipun mereka juga sibuk sebagai ibu rumah tangga. Mereka ikut belajar dan bertanya kepada Rasulullah saw.

Wanita yang paling setia kepada Rasulullah adalah Khadijah yang telah berkorban dengan jiwa dan hartanya. Kemudian Aisyah, yang banyak belajar dari Rasulullah kemudian mengajarkannya kepada kaum wanita dan lelaki. Bahkan, ada pendapat ulama yang mengatakan, seandainya ilmu seluruh wanita dikumpulkan dibanding ilmu Aisyah, maka ilmu Aisyah akan lebih banyak. Begitulah Rasulullah saw. memuji Aisyah.

Ada seorang wanita bernama Asma binti Sakan. Dia suka hadir dalam pengajian Rasulullah saw. Pada suatu hari dia bertanya kepada Rasulullah,”Ya Rasulullah saw., engkau diutus Allah kepada kaum lelaki dan wanita, tapi mengapa banyak ajaran syariat lebih banyak untuk kaum lelaki? Kami pun ingin seperti mereka. Kaum lelaki diwajibkan solat Jumaat, sedangkan kami tidak; mereka menghantar jenazah, sementara kami tidak; mereka diwajibkan berjihad, sedangkan kami tidak. Bahkan, kami mengurusi rumah, harta, dan anak mereka. Kami ingin seperti mereka. Maka, Rasulullah saw. menoleh kepada sahabatnya sambil berkata, “Tidak pernah aku mendapat pertanyaan sebaik pertanyaan wanita ini. Wahai Asma, sampaikan kepada seluruh wanita di belakangmu, jika kalian berbakti kepada suami kalian dan bertanggung jawab dalam keluarga kalian, maka kalian akan mendapatkan pahala yang diperoleh kaum lelaki tadi.” (HR Ibnu Abdil Bar).

Telah diriwayat dari Asmaa' bt Yazid, bahawa beliau bersama Nabi , dan beberapa lelaki dan wanita duduk bersamanya, Nabi bertanya :

لعل رجلا يقول ما يفعل بأهله ، ولعل امرأة تخبر بما فعلت مع زوجها ؟! فأرّم القوم - أي سكتوا ولم يجيبوا - ، فقلت : إي والله يا رسول الله ! إنهن ليفعلن ، وإنهم ليفعلون . قال : فلا تفعلوا ، فإنما ذلك مثل شيطان لقي شيطانة في طريق فغشيها والناس ينظرون
"Adakah mana-mana lelaki berkata mengenai apa yang dia lakukan bersama isterinya? Adakah mana-mana isteri mengkhabarkan apa dia lakukan bersama suaminya? Mereka mendiamkan diri dan tidak menjawab. (Asmaa') berkata : YA, Demi Allah, Ya Rasulullah, kaum wanita melakukan itu, dan kaum lelaki melakukan itu. Baginda menjawab : Jangan lakukan ! Ia bagaikan Syaitan Jantan berjumpa Syaitan Betina diatas jalan dan mengadakan hubungan kelamin dan manusia melihatnya" [Hadith Riwayat Abu Daud].

Ada juga wanita yang tabah dalam kehidupan rumah tangga yang serba kekurangan tapi tidak pernah mengeluh seperti Asma’ binti Abi Bakar dan Fatimah. Kutub Tarajim membenarkan cerita tentang Fatimah. “Suatu saat dia tidak makan berhari-hari kerana tidak ada makanan, sehingga suaminya, Ali bin Abi Thalib, melihat mukanya pucat dan bertanya,”Mengapa engkau ini, wahai Fatimah, kelihatan pucat?”

Dia menjawab,”Saya sudah tiga hari belum makan, kerana tidak ada makanan di rumah.”

Ali menjawab,”Mengapa engkau tidak beritahu kepadaku?”

Dia menjawab,”Ayahku, Rasulullah saw., menasihatiku di malam pengantin, jika Ali membawa makanan, maka makanlah. Bila tidak, maka kamu jangan meminta.”

Luar biasa bukan?

Ada juga wanita yang diuji dengan penyakit, sehingga dia datang kepada Rasulullah saw. meminta untuk didoakan. Atha’ bin Abi Rabah bercerita bahwa Ibnu Abbas r.a. berkata kepadaku,”Mahukah aku tunjukkan kepadamu wanita syurga?”

Aku menjawab,”Ya.”

Dia melanjutkan,”Ini wanita hitam yang datang ke Rasulullah saw. mengadu, ‘Saya menghidap epilepsi dan aurat saya terbuka, maka doakanlah saya.’ Rasulullah saw. bersabda, “Jika kamu sabar, itu lebih baik, kamu dapat syurga. Atau, kalau kamu mahu, saya berdoa kepada Allah agar kamu sembuh.”

Wanita itu berkata,”Kalau begitu saya sabar, hanya saja aurat saya suka terdedah. Doakan supaya tidak terdedah aurat saya.”

Maka, Rasulullah saw. mendoakannya.

Ada juga wanita yang ikut berperang seperti Nasibah binti Kaab yang dikenal dengan Ummu Imarah. Dia becerita,”Pada Perang Uhud, sambil membawa air aku keluar agak siang dan melihat para mujahidin, sampai aku menemukan Rasulullah saw. Sementara, aku melihat pasukan Islam kucar-kacir. Maka, aku mendekati Rasulullah saw. sambil ikut berperang membentengi beliau dengan pedang dan terkadang aku memanah. Aku pun terluka, tapi manakala Rasulullah saw. tersepit dan Ibnu Qamiah ingin membunuhnya, aku membentengi beliau bersama Mush’ab bin Umair. Aku berusaha memukul dia dengan pedangku, tapi dia memakai pelindung besi dan dia dapat memukul bahuku sampai terluka. Rasulullah saw. bercerita,”Setiap kali aku melihat kanan kiriku, kudapati Ummu Imarah membentengiku pada Perang Uhud.” Begitu tangguhnya Ummu Imarah.

Ada juga Khansa yang merelakan empat anaknya mati syahid. Beliau berkata,”Alhamdulillah yang telah menjadikan anak-anakku mati syahid.”

Begitulah peranan wanita pada masa Rasulullah saw. Mereka berfikir untuk akhiratnya, sedang wanita sekarang yang lebih banyak memikirkan dunia, rumah tinggal, makanan, minuman, kenderaan, dan lain-lain.

Kaum Wanita pada Masa Berikutnya

Ketika Utsman bin Affan mengerahkan pasukan melawan manuver-manuver Romawi, komandan diserahkan kepada Hubaib bin Maslamah al-Fikir. Isteri Hubaib termasuk pasukan yang akan berangkat perang. Sebelum perang dimulai, Hubaib memeriksa persiapan pasukan.

Tiba-tiba isterinya bertanya,”Di mana saya menjumpai anda ketika perang sedang berkecamuk?”

Dia menjawab,”Di khemah komandan Romawi atau di syurga.”

Ketika perang sedang berkecamuk, Hubaib berperang dengan penuh keberanian sampai mendapatkan kemenangan. Segera dia menuju ke khemah komandan Romawi menunggu isterinya. Yang menakjubkan, saat Hubaib sampai ke khemah itu, dia mendapati isterinya sudah mendahuluinya. Allahu Akbar.

Pada masa Dinasti Abbasiyah yang dipimpin oleh Harun al-Rasyid, ada seorang Muslimah yang dijadikan tebusan oleh tentera Romawi. Maka, seorang ulama bernama Al-Manshur bin Ammar mendorong umat Islam untuk berjihad di dekat istana Harun al-Rasyid dan dia pun menyaksikan ceramahnya. Tiba-tiba ada kiriman bungkusan disertai dengan surat. Surat itu lalu dibuka dan dibaca oleh ulama tadi dan ternyata berasal dari seorang perempuan dan berbunyi,”Aku mendengar tentera Romawi melecehkan wanita Muslimah dan engkau mendorong umat Islam untuk berjihad, maka aku persembahkan yang paling berharga dalam diriku. Iaitu, seuntai rambutku yang aku kirimkan dalam bungkusan itu. Dan, aku memohon agar rambut itu dijadikan tali penarik kuda di jalan Allah agar aku dapat nantinya dilihat Allah dan mendapatkan rahmatNya.” Maka, ulama itu menangis dan seluruh hadirin ikut menangis. Harun al-Rasyid kemudian memutuskan mengirim pasukan untuk membebaskan wanita Muslimah yang dijadikan tebusan itu.

Seorang isteri Shaleh bin Yahya ditinggal suaminya dan hidup bersama dua anaknya. Dia mendidik anak-anaknya dengan ibadah dan qiyamullail (solat malam). Ketika anak-anaknya semakin besar, dia berkata,”Anak-anakku, mulai malam ini tidak boleh satu malam pun yang terlewat di rumah ini tanpa ada yang solat qiyamullail.”

“Apa maksud ibu?” tanya mereka.

Ibu menjawab,”Begini, kita bagi malam menjadi tiga dan kita masing-masing mendapat bahagian sepertiga. Kalian berdua, dua pertiga, dan saya sepertiga yang terakhir. Ketika waktu sudah mendekati subuh, saya akan bangunkan kalian.”

Ternyata kebiasan ini berlanjut sampai ibu mereka meninggal. Dan amalan itu tetap dilanjutkan oleh dua anak itu kerana mereka sudah merasakan nikmatnya qiyamullalil.

Wanita Dewasa Ini

Kalau kita perhatikan perkembangan wanita dewasa ini, memang cukup mengkhuatirkan, meskipun di lain pihak masih banyak kaum wanita berjilbab yang semarak. Bahkan, pengajian-pengajian justeru dipenuhi oleh kaum wanita. Tapi, melihat berbagai upaya musuh Islam untuk menghancurkan kaum hawa dengan berbagai cara melalui media massa yang destruktif (merosak), maka tentangannya semakin berat. Kalau tidak berbekal ilmu agama yang cukup dan disertai semangat juang yang tinggi, nescaya wanita pada zaman sekarang sulit untuk selamat. Bayangkan, kehidupan masyarakat di sekeliling kita sampai pergaulan di tingkat nasional dan internasional sudah sangat teruk. Kerosakan itu meliputi dan disampaikan ke rumah-rumah kita melalui saluran-saluran TV. Dan, yang tidak puas ditambah dengan VCD dan internet. Sehingga, waktu untuk beribadah kepada Allah semakin terpinggir atau tergeser oleh otak yang merakam semua adegan itu.

Sementara, penangkalnya relatif kecil, dengan cara tradisional melalui pengajian minimal seminggu sekali. Maka, kita perlu kunci-kunci keselamatan.

Kunci kebahagiaan adalah taat keada Allah dan Rasul-Nya.
Kunci syurga adalah tauhid.
Kunci keimanan adalah berfikir tentang ayat-ayat Allah dan ciptaan-Nya.
Kunci kebaikan adalah kejujuran.
Kunci kehidupan hati adalah membaca dan mendalami Al-Qur’an serta menjauhi dosa.
Kunci rezki adalah berusaha sambil beristighfar dan bertakwa.
Kunci ilmu adalah pandai bertanya dan mendengar.
Kunci kemenangan adalah sabar.
Kunci kesuksesan adalah takwa.
Kunci tambah rezki adalah bersyukur.
Kunci sukses akhirat adalah zuhud terhadap dunia.
Kunci dikabulkan permintaan adalah doa, dll.
Wallahu a’lam bisawab.

Sumber: alislamu.com