Tazkirah pendek dari Ustaz Emran di FB...
Cemburu ialah sebuah penyakit yang menyerang hati manusia. Iblis pernah cemburu kepada Adam sehingga menyebabkan dia dilaknat dan terkeluar dari syurga. Cemburu berpunca dari kekufuran dan dapat diubati jika kita beriman bahawa tiada sesiapa dapat merampas rezeki atau hak kita yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di lauh mahfuz. Cemburu lawannya ialah Redha !
Orang yang menyalahkan orang lain atas kekurangan rezeki yang menimpa dirinya adalah tidak beriman dengan takdir. Wanita yang menyalahkan perempuan lain (sebagai perampas suami) atas keruntuhan rumahtangganya juga tidak beriman dengan takdir.
Rumahtangganya sudah ditulis oleh Allah untuk bercerai sejak perempuan (pihak ketiga) itu belum lahir lagi.....bahkan sejak sebelum dia diciptakan lagi.....
Mana-mana orang yang cemburu adalah kerana hatinya dibakar dan dipanaskan oleh syaitan dengan pelbagai andaian dan rasa takut kehilangan rezeki, cinta, kedudukan yang konon-konon akan DIRAMPAS oleh pihak lain....sedangkan ianya mustahil !
Kita mendapat hanya apa yang Allah telah tetapkan dan takdirkan....tak perlu risau atau cemburu atau bimbang orang lain akan merampas HAK KITA kerana jika ianya HAK KITA MAKA TIADA SIAPA AKAN DAPAT MENCEGAHNYA DARI JATUH KE TANGAN KITA !
Wanita yang hebat, dia tak berebut pun kasih sayang dari lelaki....apalah sangat kasih sayang seorang lelaki berbanding kasih sayang Allah SWT....Suami yang ramai isteri akan paling sayang pada isteri yang dekat dengan Allah...isteri yang jika dihampiri oleh suami akan terasa, suam atau kehangatan cinta yang bersemi hidayah dan rahmat....
Allahua'lam.
Abu Huraira reported Allah's Messenger as saying: "Woman is like a rib. When you attempt to straighten it, you would break it. And if you leave her alone you would benefit by her, and crookedness will remain in her." (Muslim : 3466)
Showing posts with label Ustaz. Show all posts
Showing posts with label Ustaz. Show all posts
Friday, January 13, 2012
Monday, February 07, 2011
Promosi Buku Mencari Pasangan Hidup
Tajuk : Mencari Pasangan Hidup
Pengarang : Ustaz Emran Ahmad
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0344-7
Mukasurat : 352 Halaman
Perbahasan di dalam buku ini meliputi isu-isu penting yang melingkari persoalan perkahwinan menurut Islam. Antaranya: Hukum berkahwin kepada lelaki dan wanita, kedudukan wali dalam sesebuah perkahwinan, hukum kahwin lari, hukum ibu bapa yang menghalang perkahwinan anak dan perkahwinan ideal mengikut ajaran Islam sebenar.
Harga : RM 16 sahaja
Pengarang : Ustaz Emran Ahmad
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0344-7
Mukasurat : 352 Halaman
Perbahasan di dalam buku ini meliputi isu-isu penting yang melingkari persoalan perkahwinan menurut Islam. Antaranya: Hukum berkahwin kepada lelaki dan wanita, kedudukan wali dalam sesebuah perkahwinan, hukum kahwin lari, hukum ibu bapa yang menghalang perkahwinan anak dan perkahwinan ideal mengikut ajaran Islam sebenar.
Harga : RM 16 sahaja
Subscribe to:
Posts (Atom)