Thursday, November 17, 2011

Mana Milik Kita?

Oleh: Ustaz Emran Ahmad




Ketahuilah bahawa sesungguhnya rezeki seseorang itu sudahpun tertulis sejak sebelum dia dilahirkan dan sesungguhnya tidak ada orang lain yang boleh memakan rezekinya melainkan dirinya sendiri. Jika faham hal ini maka tidak akan ada dengki dan irihati. Kita hanya disuruh berusaha agar menentukan rezeki kita apakah dari bahagian yang halal atau haram dan kita disuruh bertawakal dan bersangka baik dengan Allah kerana itulah tanda keimanan bahawa Dialah yang memberi rezeki dari langit bukannya asbab dan makhluk yang berjalan diatas muka bumi !

Jika benar aqidah kita, kita tidak akan berkata....kalau tidak kerana pihak ketiga, rumahtangga saya tidak akan hancur...Tidak, rezeki sudah tertulis....setakat ini sahaja nikmat keluarga dan pernikahan untuk kita....Pihak ketiga cuma ASBAB (sebab-sebab) dan usaha makhluk juga tidak mengubah apa yang telah Allah tetapkan....Persoalannya cuma satu, apakah perceraian ini Halal atau haram dan hal ini ditentukan dari hasil usaha kita.

Kita tidak akan berdengki dan iri hati atas nikmat orang lain atau berasa tamak dan merasa kita lebih layak mendapat kelebihan dari orang lain...setiap orang itu hanya mendapat bahagian dan rezeki yang telah tertulis untuknya, tidak lebih dan tidak kurang !

Status ini saya tulis hasil manfaat dari kuliah Syeikh Muhammad Hassan hafizahullah di link berikut :
http://www.youtube.com/watch?v=AjxM6Qix8HI

SOALAN:
Ustaz, apa harus kita lakukan kalau orang ambil hak/rezeqi kita dengn cara yang tidak benar?

JAWAPAN:
Usaha kita hendaklah didasari kepada dua perkara 1) Apakah kerana Allah atau tidak ? 2) Adakah menepati syariat Allah atau tidak ?...Jika hak kita diambil secara tidak benar maka kita boleh berusaha kerana Allah, secara menurut syarak untuk mendapatkannya atau mempertahankannya...

Sabda Nabi Salallahualaihiwassalam : "Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid, barangsiapa yang mati kerana mempertahankan Agamanya maka dia syahid, barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid dan barangsiapa yang mati kerana mempertahankan ahli keluarganya dia syahid." (hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

Jika sudah takdirnya ia milik kita maka pasti akan kembali menjadi milik kita dan jika bukan....maka ianya tak akan menjadi miliki kita....tetapi yang penting kita telah berusaha menuruti kehendak syarak dan melakukan apa yang halal dan menjauhi yang haram.

No comments: