Sunday, July 17, 2011

Memahami Persoalan Takdir dan Kehendak Allah Jgn Salah

Assalamualaikum.
Berikut merupakan diskusi mengenai Taqdir, Qada dan Qadar di dalam sebuah forum. Semoga bermanfaat.


Perbincangan di dalam forum tersebut boleh diikuti DI SINI.



Bismillahirrahmanirrahim.

Question:

What are the categories of Al-Iradah (intent)?

Answer:

Al-Iradah is divided into two types:

1. Iradah Kawniyyah. 2. Iradah Shari’ah.

So that which falls under the meaning of Allaah’s Will is Iradah Kawniyyah, while that which falls under the meaning of (His) Love (for something) is Iradah Shari’ah. An example of Iradah Shari’ah is in the Words of Allaah, the Most High:

{Allaah wishes to accept your repentance.} [an-Nisa’ 4:27]

Because here, the verb, ‘wishes’ means loves. It does not mean that He wills it, because if the meaning was: Allaah wills that He accepted your repentance, He would have accepted the repentance of all of His creatures, and this is something which cannot be, because the majority of the sons of Adam are disbelievers, therefore:

{…wishes to accept your repentance.} [an-Nisa’ 4:27]

Means that He loves to accept your repentance and it is not necessary that due to Allaah’s Love for something it will happen, because the far-reaching Divine Wisdom might necessitate that it should not happen.

An example of Iradah Kawniyyah is in the Words of Allaah, the Most High:


if Allaah’s Will is to keep you astray. [Hud 11:34]

Allaah does not love to make His worshippers go astray, therefore, it is not correct for the meaning to be: ‘If Allaah loved to make you go astray’ rather the meaning is : If Allaah wanted to make you go astray.

But it remains for us to say: What is the difference between Iradah Kawniyyah and Iradah Shari’ah with regard to the occurrence of the matter in question? We say: Regarding the Kawniyyah, that which is wanted must come to be, if Allaah wills something to happen, then it must happen:

{Verily, His Command, When He intends a thing, is only that He says to it, ‘Be!’ – and it is!} [Ya-seen 36:82]

But as for Iradah Shari’ah, that which is wanted might come to be and it might not come to be: Allaah might desire and love this thing, but it does not occur, because what is loved might take place, and it might not.

If someone said: Does Allaah will that sins be committed? We say: He wills it to be, but He does not love that it should be. This is because Iradah Shari’ah means love, and Allaah does not love sins, but He wills them to be, so everything in the heavens and the earth is by Allaah’s Will.

Shaykh Muhammad bin Saalih al-`Uthaymeen
Fataawa Arkanaul-Islaam p.136 DARUSSALAM

******************************

Tuan2 dan puan,

Iradah Allah itu terbahagi kepada dua bahagian :

Iradah Kauniyah dan Iradah Syar'iyah

Iradah Kauniyah - Iradah Kauniyah ialah kehendak Kauniyah Allah di dalam mengehendaki sesuatu.

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia." (An-Nahl : 40)

Apa2 yang berlaku di langit dan di bumi, luruhnya daun semuanya kehendak Allah swt dan tidaklah berlaku sesuatu tanpa kehendak Allah swt.

Semua ini (Kehendak Kauniyah) Allah ini telah diprogramkan (telah pun tercatat) perjalanannya di lauf mahfuz.

Oleh yang demikian spt yg disebut oleh para ulama salaf, kita tidak mengetahuinya (krn hal ini perkara ghaib) dan kita tidak pula boleh memandai-mandai di dalam urusan ini.

Firman Allah yg bermaksud : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. " (Al-Jin : 26)

Oleh yang demikian,

Jangan sesekali di antara kita meneka-neka perkara ghaib dengan berkata :


1) Allah takdirkan aku dapat ini dan itu maka inilah yang terbaik untuk ku.

(salah : boleh jadi itu istidraj : utk menyesatkan kamu, kerana apa yg baik dan buruk itu hanya Allah yg tahu n boleh jadi baik bagi kamu tetapi tidak pada Allah dan boleh jadi baik bagi Allah tetapi tidak pada pengetahuan kamu.)

Firman Allah di dlm quran : "Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya (Ashabul kahfi), dan (yang lain) mengatakan: "(jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjing nya", sebagai tekaan terhadap perkara yang ghaib" (Al-Kahfi : 22)

DI dalam Al-quran sendiri tidak disuruh kita meneka-neka takdir Allah yang berbentuk kauniyah kerana ianya dilarang disebabkan kita tidak mengetahuinya.

Ada orang berkata, kalau kumpulan itu jahat kenapa tak ditimpa azab ? kenapa mereka itu diberi bantuan oleh Allah ? kenapa Allah tolong orang-orang kafir itu ? atau beri itu ini anugerah kpd si anu dan si anu sdgnkan dia bukanlah ikut quran dan sunnah ?

Maka semua hal ini balik pd aqidah ahlul sunnah di dlm Kitab dan sunnah iaitu TIDAK MENEKA SOAL KEHENDAK KAUNIYAH ALLAH

KIta hanya sibukkan diri apa yg ada di dlm kitab dan sunnah.

contoh lagi kesilapan...

2) Saya serah sahaja jodoh saya, sapa yg Allah takdirkan itulah jodoh saya..mesti dia TAKDIRKAN yg baik sahaja utk saya.

Ini pemikiran jabariyah dan dicela oleh ulama, kita disuruh berusaha mencari yg terbaik, buat keputusan, kemudian berazam dan yakin setelah usaha kemudian barulah bertawakkal dan berdoa.

Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:
"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku?

Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda: Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara.

Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja?

Baginda bersabda: [b]Beramallah wahai anak al-Khattab.[/b]

Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat Ahmad, jil. 1, ms. 29).


Hanya satu kehendak Allah yang kita boleh tahu dan boleh teka iaitu apa yang berada di dalam Kitab dan sunnah.

Hanya satu sahaja kehendak Allah yg kita boleh tahu apakah ianya baik atau tidak untuk kita...

IRADAH SYAR'IYAH

Kerana ini jelas kehendak Allah yg dizahirkan kepada kita (hamba-Nya) untuk di jadikan sebagai panduan di dalam kehidupan AGAR hidup kita menepati KEHENDAK ALLAH.

Iradah Syar'iyah : (Apa yg termuat dlm quran dan sunnah yg membawa kepada keredhaan Allah - itulah kehendak DIA pada syariat)

Allah befirman yg berMaksud:
“Di kalangan mereka (manusia) ada yang celaka dan ada yang bahagia.” – Surah Hud: 105.

Kerana itu orang yang beriman pada segala takdir ALLAH S.W.T baik yang suka ataupun yang pahit.

Ianya terjadi kerana kehendak Allah swt untuk melihat di antara kita siapakah yang baik amalannya.

Kematian ialah takdir...

Firman Allah swt yg bermaksud : "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Al-Mulk : 2)

Takdir yang berlaku (kehendak Allah yg bersifat kauniyah) ialah untuk menguji kita.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Bagi ahli syurga, dipermudahkan supaya mereka dapat beramal dengan amalan ahli-ahli syurga dan ahli neraka dipermudahkan supaya mereka beramal dengan amalan-amalan ahli neraka." - Hadis sahih melalui rijal yang tsiqah (dipercayai) dikeluarkan oleh al-A'jari.

Lalu mereka (orang mukmin) segera bertaubat dan memohon kepada ALLAH agar termasuk di kalangan orang yang dipermudahkan amalan kebaikan dan diredhai lalu dipermudahkan untuk melakukan amalan-amalan soleh yang membawa kepada takdir yang baik dan diredhai.

Ibn Mas’ud r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap kamu yang mula terbentuk jasadnya dalam perut ibunya selama 40 hari. Kemudian akan menjadi segumpal darah dan kemudian menjadi pula ketulan daging lalu ALLAH mengutuskan padanya malaikat untuk meniupkan pada jasad itu akan ruh dan menulis empat perkara: iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya dan pengakhirannya sama ada bahagia atau celaka. Demi zat yang tiada yang berhak disembah selain-NYA, sesungguhnya sekiranya ada di kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga sekalipun sehingga seolah-olah antara dia dan syurga itu cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis bahawa dia di kalangan ahli neraka, nescaya selepas itu dia akan beramal dengan amalan ahli neraka lalu masuk ke dalamnya dan tidaklah seseorang itu melainkan beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dirinya dengan neraka cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis dirinya sebagai ahli syurga, maka dia kemudiannya akan beramal dengan amalan ahli syurga lalu masuk ke dalamnya.” - Hadis sahih isnadnya menepati syarat syaikhan dan diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad.

CARA MENDAPATKAN TAKDIR YG BAIK

1) DOA

Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa.” - Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.

2) AMALAN SOLEH

Hendaklah juga memperbanyakkan amalan soleh seperti sedekah. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Anas bin Malik r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya sedekah itu dapat menyekat kemurkaan al-Rabb (ALLAH)." - Hadis Hasan riwayat Tirmizi no. 664.

3) HUSNU ZON PD ALLAH

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon (berbaik sangka) terhadap ALLAH.” - Hadis sahih riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi.

Hal ini disebut dalam hadis riwayat Syuhaib r.a yang menyebut bahawa baginda bersabda:

“Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya adalah kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka jadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah, maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya.” - Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999.

4) Bersabar dan bertawakal hanya kepada ALLAH, tidak mensyirikkan-Nya dan tetaplah di atas kebenaran, moga dengannya kit akan mendapat takdir yang baik

Imam Tirmizi r.a meriwayatkan dalam sunannya sebuah hadis daripada Abdullah bin 'Abbas r.a yang berkata: "Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi s.a.w pada suatu hari dan baginda bersabda:Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajar kamu beberapa kalimah (pesanan), iaitu peliharalah ALLAH (pelihara hak-NYA), nescaya ALLAH akan memelihara kamu. Peliharalah ALLAH (taati perintah-NYA dan jauhi larangan-NYA), nescaya engkau akan mendapati DIA akan membantumu. Jika kamu hendak meminta sesuatu, mintalah kepada ALLAH dan jika kamu hendak memohon perlindungan daripada sesuatu, pohonlah perlindungan daripada ALLAH. Ketahuilah jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan kepadamu. Jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan buat engkau. Telah terangkat kalam-kalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan).” - Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2516.

Soalan 1:
Ada ke atau boleh ke perbincangan tentang kehendak Allah s.w.t ni?

Saya selalu dgr org kata bab takdir jgn dibincangkn sgt... sejauh mana kebenaran utz yg berkata begitu?


Soalan 2:
Menarik ni...
Mohon yg arif menjelaskan... sebab sebelum ni saya suka tutup masalah takdir dgn semua yg berlaku di dunia mesti ada hikmah, atas alasan surah Shaad : ayat 27 :

Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah

Mohon tunjuk ajar..


Soalan 3:
Assalamualaikum
mintak tolong syeikh Emran atau panel mod explain/syarahkan lagi bab ni..ape yang syeikh Emran copy dari kate2 syeikh Al-Uthaymeen macam tak 'ngam' dengan syarah syeikh sendiri..masih confuse..
Wasalam


Jawapan utk 1, 2 & 3:
saya tidak lihat apa yg tak ngam, cuma apa yg Syeikh Al-Utsaimin jawab adalah sgt ringkas iaitu Iradah Allah (kehendak Allah) ada dua macam iaitu

Iradah Kauniyah = Allah's will yg jika apa yg dikehendaki oleh Allah pasti akan terjadi (tetapi tidak bermakna apa yg terjadi itu Allah suka dan redha)

Iradah Syar'iyah = Kehendak Allah yg berkait dengan perkara yg Allah suka dan redha.

Inilah maksud jawapan Syeikh Al-Utsaimin...

Adapun saya pula menjelaskan mengenai Iradah (Kehendak) Allah ini dengan lebih detail iaitu maksud sebenar Iradah Kauniyah ialah Iradah kehendak Kauniyah Allah di dalam mengehendaki sesuatu.

Apa-apa yg terjadi dlm dunia ini ialah dr sisi kehendak Kauniyah ALlah swt
baik yg ALlah suka atau tidak suka, tetapi Allah tetap izinkan ianya berlaku sebagai ujian kepada manusia atau krn hikmah2 lain yg kita tidak ketahui.

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia." (An-Nahl : 40)

Apa2 yang berlaku di langit dan di bumi, luruhnya daun semuanya kehendak Allah swt dan tidaklah berlaku sesuatu tanpa kehendak Allah swt.

Semua ini (Kehendak Kauniyah) Allah ini telah diprogramkan (telah pun tercatat) perjalanannya di lauf mahfuz.

Oleh yang demikian spt yg disebut oleh para ulama salaf, kita tidak mengetahuinya (krn hal ini perkara ghaib) dan kita tidak pula boleh memandai-mandai di dalam urusan ini.

Firman Allah yg bermaksud : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. " (Al-Jin : 26)

ISU SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAH

Surah Shaad : ayat 27 :

"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah."


Para ulama menyebut memang setiap kejadian hidup dan mati (kehendak Kauniyah Allah) memang ada hikmah.

Pemberian izin oleh Allah untuk sihir berkesan ke atas manusia, Allah izinkan pembunuhan berlaku, Allah izinkan (Allah mengehendaki) pelbagai perkara dusta, nista, cela , keji berlaku di atas muka bumi semuanya ada hikmah.

Kerana itu Allah sebut jelas setiap yg berlaku ada hikmah.

Persoalannya apakah hikmah(rahsia sebenar hal itu) baik untuk kita ?

Kena ingat apa yg berlaku belum tentu disukai oleh Allah, oleh itu adalah salah menyatakan apa yg berlaku adalah baik bagi kita sedang disisi Allah sendiri adalah buruk dan dibenci oleh Allah.

Allah membenci pembunuhan tetapi dia mengizinkan
Allah membenci kejahatan tetapi dia mengizinkan ianya terjadi

Semuanya ada hikmah mengapa terjadi tetapi kita tidak di suruh mengetahuinya kerana itu bukan kerja kita tetapi termasuk persoalan ghaib.

Kita hanya disuruh mengetahui Iradah Syar'iyah :

Kehendak Allah yg disukai dan diredhai oleh Allah, apa yg Allah suka berlaku kepada hamba-hambanya.


{…wishes to accept your repentance.} [an-Nisa’ 4:27]

--------

Para ulama salaf melarang kita meneka-neka persoalan takdir ini (berkait Iradah Kauniyah) kerana ianya tidak akan diketahui oleh kita melainkan dengan wahyu.

Manakala hasil kajian para ulama, ALlah hanya menzahirkan Kehendak Allah di sudut Syar'iyah sahaja (apa yang Allah kehendaki dan suka dan redha untuk berlaku) kepada hamba-hambanya untuk diketahui dengan penurunan Al-quran dan as-sunnah.

Ini boleh dilihat di dalam Al-quran bagaimana apabila Allah menceritakan peristiwa ghaib dan kejadian2 terdahulu fakta detail , proses dan cara berlaku tidak diceritakan tetapi hanya mengisahkan sesuatu secara umum dan menjelaskan tentang pengajaran yg sebenarnya dikehendaki oleh ALlah supaya kita mengambil pengarajan dan menjadi hambanya yg bersyukur, bertaqwa dsbnya..

Allah hanya menyuruh kita mengetahui kehendak Dia yang membawa kepada kesukaan dan keredhaan -Nya sahaja.

---------------------

KEDUA KEHENDAK ALLAH BERJALAN SERENTAK

Apabila Allah berkehendak kepada sesuatu misalnya Iradah Syar'iyah (mengehendaki sesuatu yang disukainya dan diredhainya TETAPI

kehendak itu tidak disusuli oleh Kehendak Kauniyah (yg membuatkan sesuatu terjadi) maka kehendak itu hanya akan kekal sebagai kehendak syar;iyah dan belum tertunai.

يُرِيدُ اللّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ وَخُلِقَ الإِنسَانُ ضَعِيفًا}[النساء:28]

Allah mengehendaki supaya agama ini memudahkan manusia krn manusia diciptakan dlm keadaan lemah tetapi manusia sendiri kerap menyusahkan agama mereka.

Allah mengehendaki sesuatu (berdasaran apa yg disukai dan diredhainya) tetapi kehendak ini tidak tertunai lagi disebabkan tidak DISUSULI oleh Kehendak Kauniyah Allah.

وَلَوْ شَاء اللّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلكِن يُضِلُّ مَن يَشَاء وَيَهْدِي مَن يَشَاء وَلَتُسْأَلُنَّ عَمَّا كُنتُمْ تَعْمَلُون}[النحل:93

Inilah yg dimaksudkan di dalam ayat ini, kalau Allah kehendaki...

Apakah Allah tidak suka umat manusia bersatu ? = tentu suka (pd kehendak syar'iyah)

Apakah Allah tidak suka or tidak mahu memberi pertunjuk ? = tentu suka (pd kehendak syar'iyah)

Tetapi Allah tidak mengehendakinya agar terjadi (pd kehendak kauniyah)

{إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَن نَّقُولَ لَهُ كُن فَيَكُون}[النحل:40]

Kenapa ?
Ada hikmahnya pd manusia.

Apa hikmahnya ? Wallahualam...kita dilarang oleh ulama salaf dr mencampuri urusan ini.

Cukup kita jelas dan tahu apa yg Allah suka dan melakukan amalan di dlmnya agar disukai Allah.

Sekiranya kehendak Allah tidak berjalan Serentak, maka apabila ia hanya berjalan satu sahaja (iaitu kehendak Kauniyah) kehendak Allah mengiznkan sesuatu terjadi dan sebagainya tetapi tidak bermakna Allah suka atau tidak.

Kehendak ini berlaku disebabkan oleh hasil usaha manusia, perbuatan mereka dan Allah mendatangkan balasan baik dan buruk hanya Allah yg mengetahuinya.

Hal ini setiap kehendak Kauniyah (kejadian yg terjadi) disebut takdir tetapi belum tentu takdir itu baik bagi kita atai tidak baik.

Kita tidak mengetahuinya.

Tetapi kita di ajar supaya bersabar, redha dan tabah dan menjalani takdir (kehendak kauniyah) yg terjadi kepada manusia dengan menuruti kehendak Syar'iyat Allah.

Apabila kedua-dua kehendak Allah berjalan serentak

Apabila kehendak Syar'iyah (yg disukai dan diredhai Allah) disusuli oleh kehendak kauniyah (kehendak yg menjadikan sesuatu) maka terjadilah perkara tersebut dan berlaku ke atas manusia.

Kejadian itu dinamakan TAKDIR yang baik yg disukai oleh Allah dan diizinkan pula terjadi.

Kerana ianya sudah ditetapkan di lauf mahfuz.

InsyaAllah ada masa lapang kita akan huraikan sedikit cara penetapan ini berlaku seperti yg dikisahkan oleh dalil2 kitab dan sunnah dan kefahaman sahabat rasulullah.

Sekiranya kehendak syar'iyah Allah tidak tertunai (tidak disusuli oleh kehendak kauniyah) maka jadilah takdir itu sesuatu yg tidak diketahui kemungkinan adalah buruk sebab tidak menepati kehendak yg disukai atau diredhai oleh Allah) atau kemungkianan tidak pula mudharat dsbnya..

kemungkinan2 ini dilarang kepada kita utk membicarakannya.


secara ringkas :

1) Pengetahuan Allah sudah berlaku dr awal hingga akhir
2) Allah memberi pilihan hambanya memilih (Allah berhak membantu atau tidak) tetapi hambanya berhak memilih dan mereka akan tanggung pilihan mereka sendiri
3) Allah mengetahui apa yg akan dipilih oleh hambanya/ result dsbnya tetapi Allah tidak mencampuri urusan pemilihan itu, hambanya dibiarkan pilih, mengetahui ending sesuatu tidak bermakna Allah campur tangan.

manusia masih ada kehendak dan berhak memilih.

Ini menjelaskan maksud hadis Umar yang baginda menyebutkan ada seorang lelaki yg beramal dengan amalan ahli syurga tetapi krn dia sudah ditakdirkan ahli neraka maka di akhir hayatnya dia melakukan amalan ahli neraka dan dimasukkan dlm neraka.

Ulama menjelaskan hadis ini dengan berkata yg dimaksudkan bukan Allah paksanya utk beramal dengan amalan ahli neraka lalu dia dimasukkan ke dlm neraka.

Tidak.

Tetapi yg difahami oleh ulama hadis dan ulama sunnah ialah nabi menjelaskan bagaimana takdir yg telah ditetapkan berdasarkan pengetahuan Allah mengetahui bahawa sekalipun masa hidup seseorg beramal dgn amalan ahli syurga jika dia "ditakdirkan" akan masuk neraka maka nescaya dia tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka lalu masuk neraka.

Takdir di sini dpt diumpamakan sbg sudah diketahui, tetapi tidak dipaksakan kpd manusia krn usaha atau amal belum terjadi.

maknanya along the way road dia pasti akan memesong dan masuk neraka...dia sendiri yg akan pilih.

Allah sudah mengetahui hal ini dan mentakdirkannya di dlm catatan di lauf mahfuz.

Juga ulama menyebut, bukankah untuk membolehkan dia masuk neraka di penghujungnya juga dikehendaki dia beramal dengan amalan golongan tersebut ?

Kalau sudah ditakdirkan dia masuk neraka (ditetapkan secara paksaan) kenapa mesti memerlukan dia beramal dengan amalan ahli neraka untuk masukkan dia ke dlm neraka ?

biarlah dia beramal dengan amalan ahli syurga dan sehingga mati krn ditakdirkan ahli neraka maka dia dimasukkn ke dlm neraka krn ditakdirkan demikian...

Tidak.

kerana takdir itu terjadi dan berjalan dengan amal...Sekalipun dia ahli neraka maka dia mesti melakukan amalan ahli neraka dan sekalipun dia ahli syurga maka dia tetap diminta melakukan amalan ahli syurga.

Ada satu kitab ditulis berkenaan tajuk kepentingan amal.

Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:
"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku?

Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda: Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara.

Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja?

Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat Ahmad, jil. 1, ms. 29).

Maka tuan2, kerja kita ialah beramal dan berusaha...

Sama-samalah kita memohon takdir yg baik supaya dipermudahkan.

Krn itulah disebut bahawa usaha itu perlu, doa itu perlu dan tawakal itu perlu dan sangka baik, husnul zon itu perlu.

Oleh yang demikian,

Jangan sesekali di antara kita meneka-neka perkara ghaib dengan berkata :


1) Allah takdirkan aku dapat ini dan itu maka inilah yang terbaik untuk ku.

(salah : boleh jadi itu istidraj : utk menyesatkan kamu, kerana apa yg baik dan buruk itu hanya Allah yg tahu n boleh jadi baik bagi kamu tetapi tidak pada Allah dan boleh jadi baik bagi Allah tetapi tidak pada pengetahuan kamu.)

Firman Allah di dlm quran : "Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya (Ashabul kahfi), dan (yang lain) mengatakan: "(jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjing nya", sebagai tekaan terhadap perkara yang ghaib" (Al-Kahfi : 22)

DI dalam Al-quran sendiri tidak disuruh kita meneka-neka takdir Allah yang berbentuk kauniyah kerana ianya dilarang disebabkan kita tidak mengetahuinya.

Ada orang berkata, kalau kumpulan itu jahat kenapa tak ditimpa azab ? kenapa mereka itu diberi bantuan oleh Allah ? kenapa Allah tolong orang-orang kafir itu ? atau beri itu ini anugerah kpd si anu dan si anu sdgnkan dia bukanlah ikut quran dan sunnah ?

Maka semua hal ini balik pd aqidah ahlul sunnah di dlm Kitab dan sunnah iaitu TIDAK MENEKA SOAL KEHENDAK KAUNIYAH ALLAH

KIta hanya sibukkan diri apa yg ada di dlm kitab dan sunnah.

contoh lagi kesilapan...

2) Saya serah sahaja jodoh saya, sapa yg Allah takdirkan itulah jodoh saya..mesti dia TAKDIRKAN yg baik sahaja utk saya.

Ini pemikiran jabariyah dan dicela oleh ulama, kita disuruh berusaha mencari yg terbaik, buat keputusan, kemudian berazam dan yakin setelah usaha kemudian barulah bertawakkal dan berdoa.

Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:
"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku?

Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda: Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara.

Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja?

Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab.

Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat Ahmad, jil. 1, ms. 29).

*********************

CARA MENDAPATKAN TAKDIR YG BAIK

Bolehkah takdir diubah atau ditukar ?

Para ulama khilaf di dalam masalah ini namun secara PASTI dan jelas ialah PENGETAHUAN ALLAH sudah pun jelas dan PASTI MENGETAHUI pengakhiran dan perjalanan hidup kita secara jelas dan lengkap dan apa yang diketahui oleh Allah ini telah pun dicatat di dalam lauf mahfuz dan tertulis segalanya termasuk ajal, umur, rezeki, syurga atau neraka.

Para ulama tidak menyebut ianya boleh diubah atau apa...

nak ubah macam mana, apa yg akan berlaku dan terjadi Allah sudah mengetahui semuanya...

Adakah kita mahu mengatakan yg kita ditakdirkan mati pd umur 40 tahun tetapi krn amalan soleh maka umur dipanjangkan lalu kita mati pd umur 60 tahun ?

Mana mungkin Allah tidak mengetahui dr awal yg kita mmg akan mati pd umur 60 tahun.

Itu semua takdir yg sudah diketahui sejak awal dan tercatat.

Namun para ulama sunnah menyebutkan manusia diajarkan oleh Allah untuk beramal dan berusaha (kehendak syar'iyat) supaya tetap menyakini mereka mampu mendapat takdir yg baik jika beramal.

Dengan berusaha beramal perkara-perkara yg disukai dan diredhai oleh Allah swt.

Rahmat Allah mengatasi kemurkaan Allah.

Maka jawapan SOLID dlm masalah ini ialah :

"Allah tidak suruh kita campur tangan di dalam soal takdir (kait mati bila, syurga atau neraka dsbnya) tetapi Allah menyuruh kita beramal untuk mendapatkan takdir yg baik maka KITA HARUS DENGAR DAN TAAT.

Barangkali ini semua UJIAN dan CUBAAN dr Allah untuk melihat siapakah yang MENDENGAR lalu TAAT dan siapakah pula YANG ENGKAR DAN PUTUS ASA dr rahmat Allah krn menyangka semuanya sudah diTAKDIRKAN.

Wallahualam

(jawapan di atas hasil pengajian dengan Syeikh Hussain Umar Al-Mahfuz)


Amalan yg diperintahkan oleh Allah kepada kita untuk mendapatkan takdir yang baik.

1) DOA

Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa.” - Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.

2) AMALAN SOLEH

Hendaklah juga memperbanyakkan amalan soleh seperti sedekah. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Anas bin Malik r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya sedekah itu dapat menyekat kemurkaan al-Rabb (ALLAH)." - Hadis Hasan riwayat Tirmizi no. 664.

3) HUSNU ZON PD ALLAH

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon (berbaik sangka) terhadap ALLAH.” - Hadis sahih riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi.

Hal ini disebut dalam hadis riwayat Syuhaib r.a yang menyebut bahawa baginda bersabda:

“Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya adalah kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka jadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah, maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya.” - Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999.

4) Bersabar dan bertawakal hanya kepada ALLAH, tidak mensyirikkan-Nya dan tetaplah di atas kebenaran, moga dengannya kit akan mendapat takdir yang baik

Imam Tirmizi r.a meriwayatkan dalam sunannya sebuah hadis daripada Abdullah bin 'Abbas r.a yang berkata: "Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi s.a.w pada suatu hari dan baginda bersabda:Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajar kamu beberapa kalimah (pesanan), iaitu peliharalah ALLAH (pelihara hak-NYA), nescaya ALLAH akan memelihara kamu. Peliharalah ALLAH (taati perintah-NYA dan jauhi larangan-NYA), nescaya engkau akan mendapati DIA akan membantumu. Jika kamu hendak meminta sesuatu, mintalah kepada ALLAH dan jika kamu hendak memohon perlindungan daripada sesuatu, pohonlah perlindungan daripada ALLAH. Ketahuilah jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan kepadamu. Jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan buat engkau. Telah terangkat kalam-kalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan).” - Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2516.

Boleh juga baca di sini:

الأعمال التي يعملها الإنسان هي من إرادة الله؟



بالزر الأيمن ثم حفظ باسم
هناك قسم من الناس يقولون إن كل الأعمال التي يعملها الإنسان هي من إرادة الله، رجاءً أن توضحوا هذه المسألة ، هل الإنسان مخير أم مسير ؟

هذه المسألة قد يلتبس أمرها على بعض الناس والإنسان مخير ومسير مخير؛ لأن الله أعطاه إرادة اختياريه وأعطاه مشيئة يتصرف بها في أمور دينه ودنياه, فليس مجبراً ومقهوراً لا، بل له اختيار وله مشيئة وله إرادة كما قال-عز وجل-: لِمَنْ شَاءَ مِنْكُمْ أَنْ يَسْتَقِيمَ وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (التكوير:29), وقال-سبحانه- فَمَنْ شَاءَ ذَكَرَهُ (المدثر:55) وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ(المدثر: من الآية56), وقال-سبحانه-:تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ(لأنفال: من الآية67), وقال-سبحانه-: مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ(الإسراء: من الآية18), فالعبد له اختيار وله إرادة وله مشيئة لكن هذه الإرادة وهذه المشيئة لا تقع إلا بعد مشيئة الله-سبحانه وتعالى- فهو-جل وعلا- المصرف لعباده، والمدبر لشئونهم فلا يستطيعون أن يشاءوا شيئاً أو يريدوا شيئاً إلا بعد مشيئة الله له وإرادته الكونية القدرية-سبحانه وتعالى-، فما يقع في العباد وما يقع منهم كله بمشيئة من الله سابقة وقدر سابق, فالأعمال, والأرزاق, والآجال, والحروب, وانتزاع الملك, وقيام الملك, وسقوط دولة, وقيام دولة كله بمشيئة الله-سبحانه وتعالى-كما قال-جل وعلا-: قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (آل عمران:26)-سبحانه وتعالى-, فالمقصود أنه-جل وعلا- له إرادة في عباده و مشيئة لا يتخطاها العباد, ويقال له الإرادة الكونية والمشيئة فما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن, ومن هذا قوله-سبحانه-: فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقاً حَرَجاً كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ(الأنعام: من الآية125) قال-تعالى-: إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ(يّـس:82), فالعبد له اختيار وله إرادة ولكن اختياره وإرادته تابعتان لمشيئة الله وإرادته-سبحانه وتعالى-، فالطاعات بقدر الله والعبد مشكور عليها ومأجور, والمعاصي بقدر الله والعبد ملوم عليها ومأزور، آثم ، والحجة قائمة، والحجة لله وحده-سبحانه وتعالى-: قُلْ فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ(الأنعام:149)-سبحانه وتعالى-، وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَمَعَهُمْ عَلَى الْهُدَى فَلا تَكُونَنَّ مِنَ الْجَاهِلِينَ(الأنعام: من الآية35)، فهو-سبحانه-لو شاء لهداهم جميعاً ولكن له الحكمة البالغة حيث جعل لهم قسمين كافراً ومسلماً, وكل شيء بإرادته-سبحانه وتعالى-ومشيئته، فينبغي للمؤمن أن يعلم هذا جيداً وأن يكون على بينة في دينه، فهو مختار له إرادة وله مشيئة يستطيع يأكل يشرب ، يضارب, يتكلم ، يطيع, يعصي, يسافر, يقيم, يعطي فلان ويحرم فلان ، إلى غير هذا هو له مشيئة في هذا وله قدرة، ليس مقهوراً ولا ممنوعاً، ولكن هذه الأشياء التي تقع منه لا تقع إلا بعد سبقها من الله، بعد أن تسبق إرادة الله-جل وعلا-ومشيئته لهذا العمل لِمَنْ شَاءَ مِنْكُمْ أَنْ يَسْتَقِيمَ وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (التكوير:29), وهو-سبحانه- الذي مسير لعباده، كما قال-عز وجل-:هُوَ الَّذِي يُسَيِّرُكُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ(يونس: من الآية22), فهو مسير لعباده, وبيده نجاتهم وسعادتهم، وضلالهم وإهلاكهم، هو المتصرف بعباده يهدي من يشاء ويضل من يشاء-سبحانه- يعطي من يشاء ويحرم من يشاء، يسعد من يشاء ويشقي من يشاء، لا أحد يعترض عليه-سبحانه وتعالى-، فينبغي لك يا عبد الله أن تكون على بصيرة في هذا الأمر, وأن تتدبر كتاب ربك, وسنة نبيك- عليه الصلاة والسلام- حتى تعلم هذا واضحاً في الآيات والأحاديث، فالعبد مختار وله مشيئة وله إرادة, وفي نفس الأمر ليس له شيء من نفسه بل هو ملك لله عز وجل مقدور لله سبحانه وتعالى، ينبئه كيف يشاء سبحانه وتعالى مشيئة الله نافذة وقدره السابق ماض فيه ولا حجة له في القدر السابق فالله يعلم أحوالهم ولا تخفى عليه خافية سبحانه وتعالى، وهو المستحق للعبادة والمدبر لشؤونهم جل علا، وقد أعطاهم إرادة ومشيئة واختياراً يتصرفون بها.

www.binbaz.org.sa/mat/10284


الفرق بين إرادة الله -تعالى- ومشيئته.

ما هو الفرق بين إرادة الله -تعالى- ومشيئته؟.
الجواب:

1: الإرادة نوعان: إرادة دينية شرعية طلبية، و إرادة كونية قدرية خَلقِيَّة.
أما الإرادة الشرعية؛ فهي تتعلق بما يحبه الله -تعالى- ويرضاه، مع تعلقها بحكمته. فضابطها موافقة الشرع. ثم قد يتحقق المراد منها وقد لا يتحقق.
ومن أمثلتها إرادته لطهارة أهل البيت لقوله تعالى: {وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلاَةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا}[الأحزاب:33] والتخفيف عن خلقه لقوله: {وَاللّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَن تَمِيلُواْ مَيْلاً عَظِيمًا * يُرِيدُ اللّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ وَخُلِقَ الإِنسَانُ ضَعِيفًا}[النساء:28] والتيسير على المؤمنين لقوله: {... وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ ...}[البقرة:185] وهي تتعلق بفعل المكلف.
و أما الإرادة الكونية؛ فقد لا تتعلق بما يحبه الله -تعالى- بل قد يكون المراد محبوبًا له وقد يكون مما يكرهه ويبغضه، وإنما يريده لحكمة قد تخفى علينا، وقد نعلمها؛ كأن تكون باعتبار ما تؤدي إليه مما يحبه ويرضاه، كما يتعاطى المريضُ الحكيمُ الدواءَ المرَّ طلبًا للشفاء.
ولله المثل الأعلى.
فضابطها موافقة الحكمة دون النظر إلى موافقة الشرع.
لقوله –تعالى-: {وَلَوْ شَاء اللّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلكِن يُضِلُّ مَن يَشَاء وَيَهْدِي مَن يَشَاء وَلَتُسْأَلُنَّ عَمَّا كُنتُمْ تَعْمَلُون}[النحل:93] {مَن يَشَإِ اللّهُ يُضْلِلْهُ وَمَن يَشَأْ يَجْعَلْهُ عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيم}[الأنعام:39]
وقد لا تتعلق بفعل المكلف كقوله –تعالى-: {اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاء مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيم}[العنكبوت:62] {يُعَذِّبُُ مَن يَشَاء وَيَرْحَمُ مَن يَشَاء وَإِلَيْهِ تُقْلَبُون}[العنكبوت:21] ...
ولكن لا بد من تحقق المراد منها بلا تراخٍ. لقوله تعالى: {إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَن نَّقُولَ لَهُ كُن فَيَكُون}[النحل:40]. وقوله: {وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا}[الإسراء:16].

2: وأما المشيئة فقسم واحد، ولا تكون إلا كونية، فلا يوجد مشيئة شرعية.
فهي بمعنى الإرادة الكونية، ويقال فيها ما قلنا فيها.
وبالله التوفيق.

www.almousely.com/home/node/231


Soalan 4:

emran_ahmad wrote:

CARA MENDAPATKAN TAKDIR YG BAIK

1) DOA


Assalamu'alaikum ustaz,

Kata-kata di atas ustaz maksudkan secara zahir atau kiasan?

Ana musykil sebab takdir adalah ketentuan Allah, bukan ketentuan kita sehingga kita boleh mengusahakannya kepada yang baik sahaja.


Jawapan:
1. Cara itu kiasan...tetapi takdir sebagai ketentuan Allah kena difahami seperti kefahaman salaf.

"Kita disuruh doa kerana doa dapat menolak takdir yg buruk" (kena difahami apakah maksud takdir yg disebut dlm hadis ini)

kesimpulannya...kita disuruh berusaha.

Kita disuruh berusaha, kerana para salaf mereka berusaha persis kata Umar kita berpindah dari takdir Allah ke takdir Allah.

Sebab itu awal2 saya buka bab takdir ini dengan memahamkan pegangan SALAF berkait KEHENDAK ALLAH (IRADAH).

Kita tidak disuruh (pikir, try2 nak hujah, sangka dll) Kehendak Allah di dalam HAL KAUNIYAH.

Kerana kita tak akan tahu...Kauniyah Allah (yg berupa kejadian2 ke atas kita, kita tak tahu)

Kita hanya disuruh BERUSAHA memenuhi KEHENDAK ALLAH di dalam HAL SYAR'IYAH yang diketahui dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Soalan 5:


Semua takdir di sisi Allah adalah baik, sementara di sisi manusia ada takdir yang kita pandang baik dan ada takdir yang kita pandang tidak baik. Sebab itulah ada hadis yang menyebut "beriman kepada takdir yang baik dan buruk" [Hadis # 2 dari matan arbaik an-Nawawi]

.

Jawapan:

Hadis di atas tidak difahami begitu oleh kaum salaf.

Hadis menyuruh kita beriman kepada takdir bukan menyatakan ciri takdir atau menjadi hujah bahawa semua takdir di sisi Allah adalah baik.

Tidak semua takdir baik...Ianya terpulang kepada Allah dan termasuk bab Kehendaknya yang Kauniyah yg tidak diketahui.


Hadis itu menyeru kita supaya Memberi RESPON yg Baik kepada kejadian yg berlaku apakah ianya baik pd diri kita atau buruk.

Kita disuruh memberikan RESPON berdasarkan kehendak Allah yg terdapat di dlm kitab dan sunnah.

Menyangka semua kejadian yg berlaku adalah baik kepada kita adalah
tidak benar kerana boleh jadi ianya hukuman dari Allah, boleh jadi untuk menyesatkan kita, boleh jadi apa yang baik itu sebenarnya ujian ke atas kita.

kesimpulannya kita tidak tahu ~ kerana itu disebut perkara ini termasuk bab IRADAH KAUNIYAH (kehendak Allah yg ghaib bagi kita akan pengetahuan ttgnya)

krn itu jangan disangka org yg dapat harta banyak itu bagus...boleh jadi utk menyesatkan dia...jangan disangka miskin itu teruk ..boleh jadi akan membawa manfaat kepada dia.

So apa yg kita nak kena SANGKA ?

KITA KENA SANGKA BAIK~ Husnul ZON

kenapa ? kerana Itulah Kehendak Allah ...itulah Iradahnya dari Bahagian Syar'iyah yg diketahui dari Kitab dan Sunnah.

Umat Islam hanya disuruh berRESPONS kepada takdir menurut SURUHAN Allah. Tetapi sama sekali tidak disuruh MENEKA-NEKA BAGAIMANAKAH takdir itu, MENYANGKA ianya BAIK atau Buruk dsbnya.

Apabila kita dilanggar kereta...KITA DISURUH HUSNUL ZON bahawa ianya baik untuk kita tetapi kita tidak DISURUH MENGANGGAP dan MENGATAKAN betullah...aku lepas dilanggar tu dapat jumpa doktor cun..dsbnya..

so kena langgar tu mmg baik...(WALLAHUALAM - KITA tak TAHu)

ini adalah tidak benar. ALLAHualam..boleh jadi doktor cun itu azab...yg sebenar hanya Allah yg tahu..

Kita hanya disuruh BerRESPON dengan takdir menurut ajaran Kitab dan Sunnah..

dlm erti kata lain...BERAMAL MENURUT KITAB DAN SUNNAH.

Soalan 6:


Mendapat takdir yang buruk ada hikmahnya sekalipun sukar diterima. Seseorang yang hilang kerja, ia dianggap takdir yang buruk. Namun di sisi Allah ada kebaikan, umpama ada kerja lain yang lebih baik menunggu, menyedarkan orang itu yang sekian lama khusyuk dengan kerja hingga lupakan Allah, kerja itu ada unsur tidak halal dan lain-lain.

Justeru apabila menerima takdir yang buruk, kita beriman bahawa ada kebaikan yang Allah kehendaki di sebaliknya.


Jawapan:
Saya setuju dgn kenyataan UHF,

Sebenarnya takdir yg buruk yg UHF maksudkan ialah di sisi manusia...ya setiap kejadian Allah ada hikmahnya.

Sayangnya, kita tidak tahu apa hikmahnya dan tidak mungkin tahu langsung krn hanya Allah yg mengetahuinya dan apa yg kita sangka sebagai hikmah itu boleh jadi benar dan boleh jadi salah.

Cuma apa yg UHF bawa contoh di atas adalah dlm bab positif...misalnya boleh jadi sebaliknya.

Iaitu boleh jadi apabila dibuang kerja itu kerana Allah nak sesatkan kita dan jauhkan kita dr rahmatnya atas dosa-dosa kita dan kejahatan kita. Ianya menjadi azab dan apabila kita bertaubat dan memohon ampun serta melakukan kebajikan spt yg saya sebut sebelum ini :

1) Doa
2) sedekah dan amalan2 kebaikan

Maka ALlah mengampuni kita dan menjadikan kebaikan kembali kepada kita di sisinya...boleh jadi masih tetap di buang kerja.

Namun tidaklah ianya menjadi azab sebaliknya menjadi ujian dan diberi pahala.

Wallahualam

sebab itu saya kata, para ulama salaf meninggalkan perbicaraan mengenai takdir ini kerana ianya persoalan TAUQIFIYAH dan tidaklah yg suka membicarakan hal ini kecuali ahli bid'ah.

Hanya saya ungkitkan apabila melihat ramai yg tersalah di dalam memahami takdir Allah swt.

KESALAHAN UTAMA :

1) MENolak USAHA
2) MENEKA2 dlm TAKDIR
3) BERMUDAH2 MENYANGKA ITU begitu dan Ini begini..sedang hal itu tdk pun diketahui oleh manusia.
4) SALAH FAHAM terhadap nash2 Hadis dan kitab.

************************


Soalan 7:


izinkan sy bertanya....

ajal, jodoh, rezeki itu termasuk dalam iradah kawniyah @ iradah shari'ah?

benarkah pemahaman sy bahawa ajal, jodoh & rezeki itu termasuk dalam iradah shari'ah? best thread ini, boleh digunakan untuk mencantas hujah mereka yang malas untuk mencari rezeki, jodoh & berubat


Jawapan:
1) Jodoh, jumlah rezeki yg akan didapati dlm umur anak adam, ajal kesemuanya telah ditetapkan di lauf Mahfuz.

Perlaksanaan jodoh, mati, rezeki ialah Kehendak Allah dr bahagian KAUNIYAH yg berlaku dan terjadi walau tanpa kesukaan Allah.

- Jadi boleh sahaja Allah nikahkan kita dgn org yg DIA x suka
-boleh sahaja org kafir dapat rezeki haram walau Allah tak suka
-Boleh sahaja Allah panjangkan umur org yg jahat

Ianya Kehendak Kauniyah yg berlaku tanpa diketahui apakah Allah suka atau tidak. Sebab tidak terikat kepada kehendak Allah yg disukainya.

TETAPI

2) Kehendak Syar'iyah Allah yang menyatakan kehendak yg Allah suka dan berkehendak kepada hamba-hambanya utk melakukan hal sedemikian menyuruh kita supaya :

a) Memilih jodoh yg baik berdasar agama (kitab Allah & sunnah rasulnya)
b) mencari rezeki yg halal
c) Berubat apabila sakit
d) Bersiap sedia utk mati dgn amal soleh

Kita ketahui kehendak syar'iyah ini dr KItab dan sunnah juga.

Adapun setelah kita berusaha SEPUAS hati SEMAMPU kita menepati kehendak SYAR'iyah Allah (kehendak yg disukai ALlah) apakah kita akan dapat jodoh yg baik ?

Itu kehendak Kauniyah Allah - (siapa jodoh kita ALlah yg beri dan belum tentu itulah jodoh yg Allah suka) SEKALIPUN kita dah usaha SEHABIS DAYA utk menepati kehendak Syar'iyah Allah.

Kenapa ?

Kerana dijadikan dunia, mati, hidup, jodoh, anak,rezeki sebagai ujian untuk melihat siapakah yg beriman.

Sebab itu ada org yg dah cuba ikut kitab dan sunnah, kahwin cara sunnah dsbnya tetap tak bahagia kenapa ?

UJIAN.

Kerana itu apa yg dilihat oleh Allah ialah bagaimana CARA HAMBA-HAMBA-NYA BERESPON terhadap TAKDIRNYA.

Itulah maksud beriman dengan takdir yg baik dan buruk.

HOW DO YOU RESPOND ON IT ?

BerPAndukan kepada KITAB DAN SUNNAH.

WAllahualam.

**************************
Soalan 8:

Maksudnya suka di sini ialah redha dan Allah swt beri keizinan tidak bermakna Allah swt redha. Betul ke pemahaman saya ini.


Jawapan:
Ya, apa yg Allah suka itu bermaksud membawa keredhaan-Nya.

Apa yg Allah izinkan berlaku seperti SIHIR, PEMBUNUHAN tidak bermakna Allah redha.

Tidak terjadi apa-apa, hatta sehelai daun yg gugur di atas bumi melainkan semuanya dengan IZIN ALLAH. (inilah Kehendak Kauniyah, kehendak yg menghasilkan sesuatu perkara dan mengizinkan sesuatu perkara terjadi)

Inilah pemahaman SALAF.

Soalan 9:

pemahaman saya pula ialah allah telah menetapkan takdir yang kita tidak ketahui. oleh itu kita kena berusaha. samada sesuatu yang berlaku itu baik atau buruk sememangnya telah ditakdirkan, tetapi kita perlu bertindak balas mengikut alquran dan sunnah.


Jawapan:
kesimpulannya, kita hendaklah mengawal reaksi kita terhadap sesuatu situasi agar bertepatan dengna alquran dan sunnah

Betul, takdir Allah, pelaksanaan dsbnya mmg kita tak tahu.

RESPON kita itu yang dilihat dan dikehendaki menurut SYARAK.

Sebab itu para salaf hanya mahu membincangkan SOAL Kehendak Allah yg berkait masalah Syar'iyah (yg disukai dan diredhai ALlah) dan mereka tidak mahu memperpanjangkan perihal Kauniyah Allah.

sebaliknya ahlul bid'ah, geng sfui yg menyalahi sunnah, mereka cuba memanjangkan isu ini dengan berkata, apabila Allah kata Kun maka jadilah..lalu terjadi.

kemudian mereka kata lagi...sebab itu wali-wali ini boleh ubah bukit dsbnya, wali boleh terbang, wali boleh pergi ke Mekah dr Negeri Sembilan dengan sesaat, Ilmu Langkah Bumi, dsbnya...semua TERJADI alasan mereka dengan IZIN ALLAH (KAUNIYAH)

Para salaf melarang isu ini sebab :

Biar pi lah apa kejadian aneh pun berlaku pd manusia selama kamu melihat perbuatan yg MENYALAHI SYARAK maka tinggalkan.

Yunus bin`Abdil A`laa as Shodafiy telah berkata, saya berkata kepada as Syaafi`iy : al Laiits bin Sa`ad berkata : “Apabila kamu melihat seorang lelaki berjalan di atas air jangan kalian mudah tertipu dengannya, sampai kalian betul betul memastikan sejajar perbuatannya dengan al Kitab dan as Sunnah,”

Wallahua'lam.

**************************

No comments: